2026 Ketua Menteri melepaskan konvoi JABD
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini melepaskan konvoi Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Sabah yang melibatkan 150 motosikal dan lapan kenderaan pacuan empat roda di Menara Kinabalu.
Program yang dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Skuad Anti Dadah Sabah, Foodpanda dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan menjelajah seluruh Sabah sehingga September.
Bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah serta kepentingan menjadikan Sabah bebas dadah, program tersebut akan berakhir pada 6 September di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Sabah Moto Day 9.0.
Dalam majlis sama, Ketua Menteri turut menyerahkan replika cek berjumlah RM531,350 sebagai sumbangan caruman daripada Kerajaan Negeri kepada KWSP untuk 10,627 penunggang e-hailing.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor flagged off the Sabah Drug Free Aspiration Tour (JABD) convoy comprising 150 motorcycles and eight four-wheel drive vehicles at the Menara Kinabalu, here today.
Jointly organised by the National Anti-Drugs Agency, the Sabah Anti-Drugs Squad, Foodpanda, and the Employees Provident Fund (EPF), the JABD will be touring Sabah until September.
Aimed at raising awareness of drug abuse and the importance of a drug-free Sabah, the event would culminate on Sept 6 at the Universiti Malaysia Sabah (UMS) in conjunction with Sabah Moto Day 9.0.
During the ceremony, the Chief Minister also handed over a cheque replica for RM531,350 as a contribution to the EPF from the State Government for 10,627 e-hailing riders.
Ends
