Ketua Menteri ajak rakyat Sabah kukuhkan persaudaraan dan perpaduan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak  seluruh rakyat Sabah di negeri ini untuk bersama-sama terus memperkukuhkan  persaudaraan dan perpaduan. 

Beliau juga meminta umat Islam di negeri ini untuk terus memperteguhkan lagi  keimanan dan ketaqwaan terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan, serta menghayati  kisah dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.  

“Naratif AidilAdha yang berkait rapat dengan kisah dan sejarah amalan korban,  melibatkan dua figura besar dalam Islam iaitu Nabi Ibrahim AS bersama anakanda  baginda, Nabi Ismail AS membawa pengertian dan falsafahnya yang tersendiri,  mencakupi tiga aspek utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu perjuangan,  pengorbanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT. 

“Justeru, AidilAdha yang jatuh sempena bulan Haji ini, merupakan bulan suci yang di  dalam mengandungi segala rahsia yang terkait dengan apa yang disebut sebagai  Habluminallah dan Habluminanaas, iaitu hubungan insaniah dengan Tuhan yang Maha  Pencipta, dan hubungan kita sesama umat manusia. 

“Semoga sambutan AidilAdha kali ini akan terus memperkukuhkan persaudaraan dan  perpaduan di kalangan kita rakyat Malaysia di negeri ini,” katanya dalam perutusan Hari  Raya Aidiladha 1446H, di sini hari ini. 

Sehubungan itu beliau dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada  seluruh rakyat, di mana jua berada. 

Tamat