TYT rasmi penutupan Pesta Kaamatan 2025

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang  di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman melakukan upacara mongomot atau menuai  padi dan seterusnya memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pengisytiharan  penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025 di Hongkod Koisaan KDCA di sini,  pada Sabtu. 

Upacara Mongomot turut disertai Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan;  Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan  Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong  King Sing. 

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag. 

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Pesta  Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA. 

Tamat