Haliburton dan Kumpulan DPI kerjasama dengan syarikat tempatan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Dua syarikat perkhidmatan minyak dan gas antarabangsa, Halliburton dan Kumpulan DPI telah bekerjasama dengan syarikat tempatan, Jalinan Enigma Sdn Bhd untuk menawarkan penyelesaian bagi sektor minyak dan gas di Sabah.
Delegasi dari ketiga-tiga syarikat, yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Halliburton Asia Pasifik, Martin White memaklumkan perkara ini kepada Ketua Menteri semasa mereka bertemu di Menara Kinabalu hari ini.
Mereka juga memklumkan kepada Ketua Menteri mengenai skop kerja yang merangkumi intervensi, pengurusan pasir dan air untuk meningkatkan pengeluaran telaga.
Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Pengarah Urusan DPI Group, KY Doucet dan Pengerusi Jalinan Enigma, Yong Khen San serta pengarah-pengarahnya, Kurunsikumaran, Abdul Fatakh Othman dan Clive Jublee.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Two international oil and gas services companies, Halliburton and the DPI Group have teamed up with local company, Jalinan Enigma Sdn Bhd to offer solutions for the oil and gas sector in Sabah.
A delegation from the three companies, led by Halliburton Senior Vice President Asia Pacific, Martin White told this to the Chief Minister when they met at the Menara Kinabalu today.
They also briefed the Chief Minister on their works scope that include intervention, sand and water management to increase well production.
Also in the delegation were DPI Group Managing Director, KY Doucet and Jalinan Enigma Chairman, Yong Khen San and its directors, Kurunsikumaran, Abdul Fatakh Othman and Clive Jublee.
Ends
