KM: Kerajaan Negeri akan merangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan merangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah menjadikannya platform undang-undang untuk mengukuhkan pengurusan organisasi belia, memperluas pengiktirafan terhadap aktivisme belia dan memastikan ruang yang lebih teratur untuk pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Berucap pada sambutan Hari Belia Nasional peringkat negeri di Kompleks Sukan Kota Kinabalu hari ini, Hajiji berkata:
"Dengan enakmen ini, kami ingin supaya setiap pemimpin belia diberikan masa, ruang, dan sokongan untuk memimpin dengan yakin dan terus menyumbang kepada negeri tanpa diketepikan akibat perubahan dasar."
Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan Negeri (KKBS) dan Majlis Belia Sabah (MBS) telah diberi tanggungjawab untuk meneliti perkara ini termasuk isu dasar peralihan umur belia.
"KKBS dan MBS akan melakukan kajian menyeluruh mengenai dasar peralihan umur belia kerana isu ini perlu dikaji secara mendalam, mengambil kira struktur sosial, kematangan organisasi, dan realiti di lapangan, terutamanya di Sabah," tambahnya.
Pembangunan belia di Sabah akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri termasuk menyediakan kemahiran dan alat yang diperlukan untuk memimpin negeri pada masa depan, kata Ketua Menteri.
“Dibawah pentadbiran GRS-PH, Kerajaan Negeri telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan untuk pembangunan belia.
“Kestabilan politik telah membuka ruang kepada pembangunan berterusan dan dasar berpaksikan rakyat, termasuk dalam aspek pembangunan belia,” katanya.
Hajiji berkata Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dalam ucapan dasar kerajaan turut menekankan bahawa pembangunan belia perlu diberi keutamaan, khususnya dalam kerangka negeri termasuk dalam aspek pendidikan, kemahiran dan kepimpinan.
“Oleh itu, kerajaan negeri sentiasa mengambil kira aspirasi belia, termasuk usaha untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
"Ini adalah untuk memastikan bahawa apabila tiba masanya untuk generasi muda mengambil alih tampuk kepimpinan, mereka akan layak dan mampu membawa negeri dan negara ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri telah melancarkan beberapa inisiatif dan program bantuan pendidikan yang telah memberi manfaat kepada pelajar di negeri ini.
Beliau berkata, inisiatif baharu seperti Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES) juga telah diperkenalkan bagi memperluas akses kepada pendidikan tinggi dan menyokong kegiatan sekolah.
Inisiatif-inisiatif ini adalah antara 13 inisiatif pendidikan yang diberikan kepada pelajar, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta persatuan pelajar Sabah di dalam dan luar negeri, dengan jumlah RM75.5 juta, katanya.
“Inisiatif lain yang telah dilaksanakan dan diteruskan tahun ini termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), dan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) dan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRSSUBFLY)
“Dalam aspek pembangunan kemahiran, Kerajaan Negeri terus memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta program latihan teknikal di negeri ini.
"Lebih daripada 179 kursus dalam bidang sains, teknologi, inovasi, dan bahasa telah dijalankan tahun lepas, dengan lebih 35,000 pendaftaran. Kami juga menggalakkan belia untuk menceburi industri minyak dan gas di Sabah yang sedang berkembang bagi meningkatkan kemahiran mereka dan memenuhi permintaan masa depan sektor tenaga," katanya.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada pembangunan belia dalam bidang sukan melalui pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan seperti kompleks sukan, arena belia dan gelanggang serbaguna di kawasan luar bandar yang kini dimanfaatkan oleh komuniti setempat.
Pada masa sama, katanya, program berimpak tinggi seperti Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) dan Dewan Belia Negeri Sabah yang dilaksanakan bersama Majlis Belia Sabah, serta Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS), menyediakan platform yang sangat baik untuk golongan belia mengasah kemahiran dalam ekosistem kepimpinan dan tadbir urus negeri.
Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap Majlis Belia Sabah yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sebagai badan utama dan tulang belakang gerakan belia negeri.
“Oleh itu, saya mahu Majlis Belia Sabah terus memimpin golongan belia di seluruh negeri dengan penuh dedikasi dan terus memperkenalkan inisiatif dan program yang terbaik, relevan dan inklusif bagi pembangunan menyeluruh generasi muda negeri ini,” katanya.
Hajiji menggesa golongan belia untuk terus bersama kerajaan dan menyokong semua inisiatif demi manfaat mereka dan kesejahteraan rakyat.
“Marilah kita bersama kerajaan mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi melalui kerjasama dan sokongan berterusan. Ini adalah penting untuk kelancaran pelaksanaan pembangunan di negeri Sabah.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government will formulate the Sabah Youth Development Enactment making it the legal platform to strengthen the management of youth organisations, expand recognition of youth activism and ensure a more structured space for development, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Speaking at the state-level National Youth Day celebrations at the Kota Kinabalu Sports Complex here today, Hajiji said:
"With this enactment, we want every youth leader to be given the time, space, and support to lead confidently and continue to contribute to the state without being sidelined due to policy changes.”
He said the State Ministry of Youth and Sports (KKBS) and the Sabah Youth Council (MBS) have been entrusted to look into this matter including the youth age transition policy issue.
“KKBS and MBS will conduct a comprehensive study on the youth age transition policy as the issue needs to be thoroughly studied, taking into account social structures, organisational maturity, and on-ground realities, particularly in Sabah,” he added.
The Chief Minister said youth development in Sabah will continue to be the State Government’s priority, including the provision of skills and tools necessary for them to lead the state in the future.
“Under the GRS-PH administration, the State Government has done much for youth development.
“Political stability has opened up opportunities for continuous development and people-centric policies, including in the aspect of youth development,” he said.
Hajiji said Head of State, Tun Musa Aman, in his policy speech had emphasized that youth development should be prioritized, particularly in the aspects of education, skills, and leadership.
“Therefore, the State Government has consistently taken into account the aspirations of the youth, including efforts to equip them with the knowledge and skills they need.
“This is to ensure that when the time comes for the younger generation to take over the helm of leadership, they will be qualified and capable of taking the state and country to greater heights,” he said.
The Chief Minister said that the State Government has launched several initiatives and educational assistance programmes that have benefited students in this state.
He said new initiatives such as the Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi dalam Negeri (SENTOSA) and Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One-Off (SUKSES) have also been introduced to expand access to higher education and support school activities.
These initiatives are among the 13 educational initiatives provided to students, schools, Parent Teacher Associations (PTA), and Sabah undergraduate associations both domestic and abroad, totalling RM75.5 million, he said.
“Other initiatives that have been implemented and continued this year include the One-Off Cash Assistance for IPT Registration (BUDI), Computer Assistance Programme (BAIK), Special Cash Examination Assistance (BAKTI), and the State Education Fund Assistance (BISTARI), Sabah Malaysia University Student Secretariat (SEMESTA), and the Sabah Student Flight Ticket Assistance (GRSSUBFLY).
"In the area of skills development, the State Government continues to strengthen Technical and Vocational Education and Training (TVET) and technical training programmes in the state.
"More than 179 courses in the fields of science, technology, innovation, and languages were conducted last year, with over 35,000 enrolments. We also encourage our youth to venture into Sabah’s growing oil and gas industry to enhance their skills and to meet the future demands of the energy sector," he said.
Hajiji said the State Government is also focusing on youth development in sports by constructing and upgrading sports infrastructure such as sports complexes, youth arenas, and multipurpose courts in the rural areas, which are now being utilised by the local communities.
At the same time, he said high-impact programmes such as the Sabah Maju Jaya Fellowship (Felo SMJ) and the Sabah State Youth Council implemented in collaboration with the Sabah Youth Council, as well as the Sabah Youth Leadership Incubator (IKEBS) provide an excellent platform for our young to hone their skills within the state’s leadership and governance ecosystem.
He also expressed confidence in the Sabah Youth Council, supported by the Sabah Ministry of Youth and Sports (KBSS), as the main body and backbone of the state's youth movement.
"Therefore, I want the Sabah Youth Council to continue leading the youth throughout the state with full dedication and continuously introduce the best, relevant, and inclusive initiatives and programmes for the holistic development of the young generation," he said.
Hajiji urged the youth to stay united with the government and support all initiatives for their benefit and the well-being of the people.
"Let us work together with the government to maintain political stability and economic progress through cooperation and continuous support. This is crucial for the smooth implementation of development in the state.
Ends