Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ke-70 Ketua Menteri disambut sederhana, penuh kesyukuran

TUARAN: Suasana penuh mesra dan muhibah menyelubungi Dewan Seri Sulaman  pada Sabtu sempena Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ke-70, Ketua Menteri, Datuk Seri  Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang disambut dengan sederhana, penuh kesyukuran dan  penghargaan. 

Majlis itu yang dihadiri oleh pemimpin kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua  jabatan serta pemimpin masyarakat diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran  pemimpin kesayangan rakyat, yang telah banyak berjasa dalam membangunkan negeri. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan itu, Datuk Abdul Kassim Razali dalam  ucapannya berkata, bukan mudah mendapat izin daripada Hajiji bagi menganjurkan  Majlis Ulang Tahun Kelahiran yang sederhana ini, kerana menjadi kebiasaan beliau  meraikan hari istimewa itu bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

Katanya, acara sambutan ini menjadi simbol penghargaan dan pengiktirafan terhadap  kepimpinan Hajiji yang terus komited membawa perubahan positif demi kemajuan  negeri dan kesejahteraan rakyat. 

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan pentas khas mengenai kisah hidup Hajiji,  tarian kebudayaan, nyanyian dan jamuan yang membangkitkan semangat kekeluargaan  dan kebersamaan antara pemimpin dan rakyat. 

Tamat