Ketua Menteri terima kunjungan hormat KP RELA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),  Encik Lokman Effendi Ramli @ Zakaria di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada  Jumaat. 

Ini merupakan kunjungan pertama beliau kepada Hajiji selepas dilantik ke jawatan itu  pada 23 Disember 2024. 

Rombongan Lokman disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Encik  Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Muhamad Ghazali  Mamat@Mansor, Pengarah Bahagian Operasi, Encik Jimmy Anak Jupiter Sambau,  Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Encik Md Shah Rizal Zainal dan Pengarah  Rela Negeri, Encik Darman Dabang. 

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Penganjur Perlumbaan  Perahu Naga Antarabangsa ke 10 yang diketuai oleh Tan Sri TC Goh. 

TC Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menjemput  Hajiji ke majlis itu dan memaklumkan perlumbaan itu yang akan diadakan pada 17 dan  18 Mei di Teluk Likas, dijangka disertai oleh lebih 140 pasukan. 

Tamat.