Hajiji mahu lebih ramai wanita terlibat dalam membuat dasar dan keputusan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ingin melihat  lebih ramai wanita terus diperkasakan melalui program-program yang berkesan yang  memberikan mereka kemampuan untuk membuat pilihan dan terlibat dalam membuat  dasar dan keputusan. 

“Yang lebih penting, saya mahu wanita mempunyai akses kepada peluang, termasuklah  pemerkasaan seperti dalam ekonomi, pendidikan, dan politik untuk membolehkan  wanita membuat pilihan yang memberi impak positif kepada kehidupan mereka dan  keluarga mereka,” katanya. 

Berucap semasa majlis angkat sumpah ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di  Menara Kinabalu hari ini, Ketua Menteri berkata pemerkasaan wanita adalah penting  bukan sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan wanita tetapi untuk kemajuan  keseluruhan masyarakat. 

“Pemerkasaan wanita akan membawa kepada hasil ekonomi yang lebih baik, keluarga  yang lebih sihat, dan komuniti yang lebih adil. Tetapi ini memerlukan usaha kolaboratif  daripada semua - kerajaan, organisasi, dan individu untuk mewujudkan persekitaran  inklusif di mana wanita boleh mencapai kemajuan. 

“Oleh itu, saya berharap ahli MPWS yang baharu dilantik ini akan dapat menjadi  sebahagian jentera kerajaan dalam mengoptimumkan penglibatan wanita dalam  pelbagai aspek bagi melahirkan wanita yang berilmu dan hebat yang boleh membawa  nama negeri Sabah ke persada antarabangsa,” katanya. 

Hajiji berkata peranan dan kepentingan wanita sebagai modal insan yang menjana  pembangunan negeri semakin jelas.  

“Dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan membantu kerajaan dalam  melahirkan wanita yang berilmu pengetahuan. khususnya dalam menghadapi cabaran  pembangunan ekonomi yang memerlukan nilai-nilai kreativiti dan inovasi,” katanya. 

MPWS ditubuhkan sebagai badan penyelaras dan penasihat kepada kerajaan Negeri  serta pengantara kerajaan Negeri dan organisasi wanita bukan kerajaan. 

“Tugas MPWS termasuk melaksanakan dasar dan program yang memberi manfaat  kepada kaum wanita Sabah di peringkat negeri, nasional, dan antarabangsa, antara  lainnya.  

“Oleh itu, bagi mereka yang dilantik memegang jawatan di MPWS, adalah satu  penghormatan bahawa anda telah dipilih dan diberi amanah dalam peranan kepimpinan  untuk memastikan wanita di Sabah akan mendapat manfaat daripada dasar dan  program kerajaan melalui MPWS,” katanya. 

Hajiji berkata MPWS turut memainkan peranan penting untuk bertindak sebagai badan  pemikir, pemangkin dan saling bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah  (JHEWA) bagi menyatukan usaha ke arah memajukan wanita di negeri ini.  

“Saya maklum dibawah MPWS ini, sebanyak tujuh jawatankuasa kecil telah diwujudkan  iaitu Ekonomi, Pendidikan, Sosial, Kesihatan, Undang-Undang, Gender, Wanita &  Media, bagi memajukan pembangunan golongan wanita di negeri ini.  

“Saya mahu supaya JHEWA yang bertindak sebagai sekretariat MPWS, akan  memainkan peranan dalam membantu pelaksanaan program-program yang dirancang  oleh MPWS meliputi jawatankuasa kecil yang diwujudkan. Ini amatlah penting demi  memperkasakan dan meningkatkan martabat wanita di Sabah. 

“Saya juga berharap kepada semua ahli-ahli Majlis Penasihat yang baharu dilantik ini,  supaya dapat menetapkan hala tuju MPWS dalam mensejahterakan rakyat melalui  jawatankuasa yang ada,” katanya. 

Mengetuai upacara angkat sumpah ahli baharu MPWS ialah pengerusi, Datuk Dr Hajah Rosmahwati Lasuki. 

Ahli-ahli baharu MPWS adalah Datin Hajah Fauziah Datuk Abu Bakar Titingan, Jais Asri, Prof Ts. Dr. Imbarine Bujang, Viviantie Sarjuni, Dayang Selha Ibrahim, Nor Saadah Omar, Nor Azah Abd Rahman dan Datin Atin Belynda Buntot. 

Tamat

 

 

English version

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants to see  more women empowered through effective programs that provide them the capability to  make choices and engage in policy and decision making. 

“More importantly, I want women to have access to opportunities, including  empowerment in areas such as the economy, education, and politics to enable them to  make choices that positively impact their lives and their families,” he said. 

Speaking at the swearing-in ceremony of the newly appointed members of the Sabah  Women’s Advisory Council (MPWS) at Menara Kinabalu today, the Chief Minister said  women empowerment is crucial not only for the benefit and well-being of women but  also for the overall development of society. 

“Empowering women will lead to better economic outcomes, healthier families, and fairer  communities. However, this requires collaborative efforts from all - the government,  organizations, and individuals to create an inclusive environment where women can  make progress. 

“Therefore, I hope the newly appointed MPWS committee will be able to become part of  the government machinery in optimizing women’s involvement in various aspects to  produce knowledgeable and outstanding women who can elevate Sabah to the  international stage,” he said. 

Hajiji said the role and importance of women as human capital driving the state's  development is becoming increasingly evident. 

“In this regard, all parties must play a role in assisting the government to nurture  knowledgeable women, especially in facing economic development challenges that  require values of creativity and innovation,” he said. 

The MPWS was established as a coordinating and advisory body to the State  Government as well as an intermediary between the State Government and non governmental women’s organizations. 

“The MPWS’s tasks include implementing policies and programs that benefit women in  Sabah at the state, national, and international levels, among others.

“Therefore, for those appointed to hold positions in the council, it is an honor that you  have been selected and entrusted with the leadership role to ensure that women in  Sabah will benefit from government policies and programs through the MPWS,” he said. 

Hajiji said the MPWS also plays a crucial role in acting as a think tank, catalyst, and  working collaboratively with the Sabah Department of Women's Affairs (JHEWA) to unify  efforts towards advancing women's progress in the state. 

"The MPWS has seven sub-committees established to advance the development of  women, namely: Economy, Education, Social, Health, Law, Gender, Women & Media,  

"I want JHEWA, which acts as the secretariat of the MPWS to assist in the  implementation of programs planned by the MPWS. This is very important to empower  and elevate the status of women in Sabah. 

"I also hope that all newly appointed council members can set the direction for the  MPWS to enhanc the welfare of the people through the existing committees," he said. 

Leading the new MPWS members in the swearing-in ceremony was chairperson Datuk  Dr Hajah Rosmahwati Lasuki. 

The new members are Datin Hajah Fauziah Datuk Abu Bakar Titingan, Jais Asri, Prof  Ts Dr Imbarine Bujang, Viviantie Sarjuni, Dayang Selha Ibrahim, Nor Saadah Omar, Nor  Azah Abd Rahman and Datin Atin Belynda Buntot. 

Ends