SEC memeterai perjanjian dengan PETRONAS untuk pembekalan 150 MMscfd gas asli kepada Esteel (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) memeterai satu lagi perjanjian penting dengan PETRONAS bagi membolehkan syarikat milik-penuh kerajaan negeri itu membekalkan 150 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) gas asli, 100 MMscfd untuk pembuatan dan 50 MMscfd untuk penjanaan kuasa, dengan nilai bekalan dianggarkan RM1 bilion setahun kepada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd.

 

“Perjanjian ini menandakan langkah penting ke arah matlamat pembangunan jangka panjang Sabah, mempromosikan pertumbuhan industri dan keselamatan tenaga serta mencipta peluang baru untuk memacu kemajuan Sabah.

 

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama dengan PETRONAS sambil mengambil kira kepentingan terbaik untuk Sabah,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selepas menyaksikan pertukaran perjanjian antara SEC dan PETRONAS serta SEC dan Esteel di Menara Kinabalu di sini hari ini.

 

Dalam perjanjian antara SEC dan PETRONAS, syarikat petroleum nasional itu akan membekalkan tambahan 104 MMscfd gas asli kepada SEC untuk menyokong keperluan industri dan tenaga Sabah.

 

Dengan peningkatan bekalan gas asli, PETRONAS kini membekalkan sejumlah 370 MMscfd kepada SEC.

 

Mewakili PETRONAS adalah Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hidrokarbon Terpadu MPM, Anuar Ismail, manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adzmir Abdul Rahman mewakili SEC.

 

Mengulas mengenai perjanjian ini, Naib Presiden Kanan MPM, Datuk Ir. Bacho Pilong berkata ia menekankan komitmen tidak berbelah bagi PETRONAS untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang boleh dipercayai yang menyumbang kepada pertumbuhan Sabah sambil menyokong penggunaan tenaga yang lebih lestari.  

 

Komited kepada amalan industri yang terbaik, SEC mengekalkan keberkesanan penghantaran gas sebanyak 98% dan terus meningkatkan keupayaan teknikal dan kecekapan operasinya untuk memacu pertumbuhan dalam sektor tenaga.  

 

Dijangka beroperasi pada suku keempat tahun 2027 di tapak seluas 180 hektar, fasa 1 projek keluli hijau dengan pelaburan sebanyak USD 1.93 bilion (RM8.92 bilion), akan mewujudkan 2,795 peluang pekerjaan secara langsung dan menghasilkan 2.5 juta tan besi briket panas yang lebih bersih. Projek tiga fasa ini membawa masuk pelaburan dianggarkan sebanyak US$4.39 bilion (RM19.6 bilion).

 

Loji ini telah memilih gas asli sebagai agen pengurang dan bukannya kok dan arang batu, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 70 peratus dan menjadikannya rendah karbon, berkesan, dan mesra alam.

 

Ketua Menteri berkata ini menandakan keyakinan Sabah terhadap projek keluli hijau, yang merupakan antara pelaburan yang mewakili asas pertumbuhan ekonomi dan strategi pembangunan negeri.

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) sealed another milestone agreement with PETRONAS to enable the wholly-owned State Government-linked company to supply 150 million standard cubic feet per day (MMscfd) of natural gas, 100 MMscfd for manufacturing and 50 MMscfd for power generation valued at approximately RM1 billion annually to Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd.

 

“This agreement marks a significant step towards Sabah’s long-term development goals, promoting industrial growth and energy security and creating new opportunities to drive Sabah’s progress.  

 

“We look forward to further collaboration with PETRONAS taking into account the best interest of Sabah,” said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor after witnessing the exchange of agreements between SEC and PETRONAS and SEC and Esteel at Menara Kinabalu near here today.

 

In the agreement between SEC and PETRONAS, the national petroleum company would supply an additional 104 MMscfd of natural gas to SEC to support Sabah’s industrial and energy needs.  

 

With the increased supply of natural gas, PETRONAS is now supplying a total of 370 MMscfd to SEC.  

 

Representing PETRONAS was Senior General Manager of MPM’s Integrated Hydrocarbon Management, Anuar Ismail, while Chief Executive Officer, Datuk Adzmir Abdul Rahman represented SEC.  

 

Commenting on the agreement, Senior Vice President of MPM, Datuk Ir. Bacho Pilong said it underscored PETRONAS' unwavering commitment to providing reliable energy solutions that contribute to Sabah’s growth while supporting more sustainable energy use.

Committed to best industrial practices, SEC maintains a 98% gas delivery efficiency uptime and continuously enhances its technical capabilities and operational efficiencies to drive growth in the energy sector.  

  

Expected to be operational by the fourth quarter of 2027 on a 180-hectare site, phase 1 of Esteel’s green steel plant with an  investment of USD1.93 billion (RM8.92 billion), would create 2,795 direct job opportunities and produce 2.5 million tonnes of cleaner hot briquetted iron. The three-phased project brings in an estimated US$4.39 billion (RM19.6 billion) investment.

 

The plant opted for natural gas as a reducing agent instead of coke and coal, reducing carbon emissions by 70 per cent and making it low carbon, efficient, and environmentally friendly.

 

The Chief Minister said this marked Sabah's confidence in the green steel project, which is among investments that represented the foundation of the state's economic growth and development strategy.

 

Ends