Hajiji iringi TYT Sabah sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja  Yang Ke-268 di Istana Negara, pada Rabu. 

Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, pada Rabu. 

Ini adalah Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama dihadiri Musa selepas dilantik  menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025. 

Terdahulu, Ketua Menteri telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri  ke-145 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di  Perdana Putra di Putrajaya, pada Selasa. 

Pada mesyuarat itu Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri  Panglima Safar Untong. 

Malam tadi, beliau turut menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan  Perpaduan Malaysia, di Kompleks Seri Perdana, juga di Putrajaya kira-kira jam 8  malam. 

Tamat