Hajiji pengerusi Mesyuarat AMT GRS
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yangjugaPengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempengerusikan Mesyuarat Ahli MajlisTertinggi (AMT) GRS di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Jumaat.
Mesyuarat itu dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengerusi GRS yang juga Presiden-presiden parti komponen gabungan tersebut iaitu Datuk Seri Panglima Dr. JeffreyKitingan (Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)), Datuk Seri Panglima Dr. JoachimGunsalam (Parti Bersatu Sabah (PBS)), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (PertubuhanKebangsaan Sabah Bersatu (USNO)) dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee(Parti Maju Sabah (SAPP)).
Naib-naib Pengerusi yang hadir terdiri daripada Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk LiewYunFah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) danDatukChin Su Pin yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Hadir sama Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DatukSeri Panglima Mohd.Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J.Kurum, Setiausaha, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Bendahari, Ardino Diris, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai dan AMT-AMT lain.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuklah penubuhanJenteraPilihanraya Pusat (Negeri) dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan PilihanRaya.
Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (GagasanRakyat), SAPP, PBS, STAR, USNO, Harapan Sabah, LDP, dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Tamat
