Hajiji pengerusikan Mesyuarat AMT Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga  Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyarat  Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) dekat sini  pada Isnin. 

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden iaitu Datuk Rubin Balang dan Datuk  Masiung Bana, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pemuda Negeri,  Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis Negeri, Cik Emmie Martin Idang. 

Hadir sama Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Bendahari Agung, Dato Sri  Haji Gulamhaidar Khan Bahadar dan Ketua Penerangan, Datuk Haji Nizam Abu Bakar  Titingan. 

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah Persidangan Agung Tahunan  Gagasan Rakyat 2024 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2024 di SICC. 

Persidangan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis akan dirasmikan oleh  Masidi pada 9 November 2024. Manakala Persidangan Agung Tahunan Induk akan  diadakan pada 10 November 2024 yang akan dirasmikan oleh Hajiji. 

Tamat