Hajiji terima kunjungan KP Maritim Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia, Laksamana Muda (M) Datuk Haji Mohd. Rosli Abdullah di pejabatnya di  Menara Kinabalu pada Isnin. 

Mohd Rosli dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 17 September 2024. Sebelum itu beliau  merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia. 

Terbaharu beliau sedang mengetuai perancangan bagi membangunkan Sistem  Pengawasan Laut (SWASLA) di perairan Sarawak dan Pantai Timur Semenanjung  dalam usaha meningkatkan kebolehcapaian radar bagi mengawasi semua jenis  pergerakan bot atau kapal mencurigakan di perairan negara khususnya di Laut China  Selatan. 

Mohd Rosli pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Maritim Malaysia termasuk  Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Perisikan Maritim Malaysia, Pengarah  Perancangan Strategik Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah  Persekutuan Labuan serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim  Malaysia. 

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah  Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che  Engku Daik. 

Tamat