Hajiji hadir Program Santai Rohani Anak Muda Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Program
Santai Rohani Anak Muda Sabah di tapak dataran Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Sabtu.
Program itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 orang anak muda.
Program tersebut menampilkan pendakwah terkemuka nusantara, Prof Ustaz Dr. H. Abdul
Somad Batubara (UAS) dan seniman Datuk Ramli Sarip.
Hadir sama pada program itu ialah Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk
Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Mohd Arif
yang juga Exco Agama, Pembantu-Pembantu Menteri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan
Persekutuan serta jemputan khas.
Tamat.
