Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-267 di Istana Negara
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, pada Rabu.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang bermula hari ini hingga
Khamis. Pada Selasa Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang
ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di
Perdana Putra di Putrajaya.
Tamat
