Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-144

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri

mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di sini pada Selasa.

Pada mesyuarat itu Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri

Panglima Safar Untong.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua

Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar

Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, yang

bermula pada Rabu.

Tamat