Hajiji hoskan makan malam untuk Duta Besar & Pesuruhjaya Tinggi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  menghoskan majlis makan malam bersama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi  luar negara di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Jumaat. 

Mereka terdiri daripada Duta Besar Norway ke Malaysia, TYT Morten Paulsen, Duta  Besar Turkmenistan ke Malaysia, TYT Muhammatnyyaz Mashalov, Duta Besar United  Arab Emirates (UAE) ke Malaysia, T.Y.T. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri dan Duta Besar  Libya ke Malaysia, TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia. 

Pesuruhjaya Tinggi yang diraikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, TYT  Herman Pule Diamonds dan Pesuruhjaya Tinggi Republic of Maldives ke Malaysia, TYT  Dr. Mariyam Shabeena Ahmed serta pengasas Blue Economy/ ZERI (Zero Emissions  Research and Initiatives), Prof. Dr. Gunter Pauli. 

Mereka berada di Sabah atas jemputan menghadiri Sabah International Blue Economy  Conference (SIBEC) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima  Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC), esok. 

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar  Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Sri Rosli Isa dan Ketua Penyelaras  Sabah Maju Jaya (SMJ) Secretariat, Datuk Haji Datu Rosmadi Datu Sulai. 

Tamat