Sabah bersetuju dengan pelarasan gaji di bawah SSPA (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini  mengumumkan bahawa Kabinet negeri telah bersetuju berkenaan pelarasan gaji  perkhidmatan awam negeri dalam dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan  Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 1 Disember. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 16 Ogos lalu bahawa  SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM). 

Menurut Hajiji, pelarasan gaji kepada seramai 21,228 penjawat awam negeri itu akan  dilaksanakan pada 1 Disember 2024 (fasa pertama) dan 1 Januari 2026 (fasa kedua)  dengan melibatkan peruntukan keseluruhan RM103,020,059.66. 

Hajiji berkata, Kabinet negeri juga bersetuju untuk menyelaraskan kadar gaji pekerja  sambilan harian negeri kepada minimum RM1,725 sebulan serta penambahbaikan  faedah sedia ada mulai 1 Disember. 

Pelarasan gaji untuk 2,116 pekerja sambilan harian akan melibatkan kos sebanyak  RM46,096,140. 

“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi penyelarasan gaji perkhidmatan awam negeri  dan pekerja sambilan harian ialah RM149,116,199.66,” tambahnya. 

Penyelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap  sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada  agenda pembangunan negeri, selain membantu meringankan kos sara hidup harian  yang semakin meningkat, katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor announced  today the State Cabinet has endorsed the state public service salary adjustment in two  phases in line with the implementation of the Public Service Remuneration System  (SSPA) on December 1. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced on Aug 16 that the SSPA will  replace the Malaysian Remuneration System (SSM). 

According to Hajiji, the salary adjustment for the state’s 21,228 public service personnel  to be implemented on Dec 1 2024 (first phase) and Jan 1, 2026 (second phase) would  involve a total allocation of RM103,020,059.66.  

Hajiji said the State Cabinet also agreed to adjust the wage rate for the state's daily part time workers to a minimum of RM1,725 per month as well as improving existing perks  beginning December 1. 

The salary adjustment for the 2,116 daily part-time workers would cost RM46,096,140. 

"The total allocation for the salary adjustment of the state civil service and daily part-time  workers is RM149,116,199.66," he added. 

The salary adjustment is a manifestation of the State Government's acknowledgement  of the contribution of the state public service personnel and daily part-time workers to  the state's development agenda, apart from helping to relieve the increasing daily living  cost, he said. 

Ends