Kerajaan Negeri komited untuk memastikan persekitaran media yang adil dan saksama (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi  jaminan bahawa kerajaan negeri komited untuk memastikan persekitaran media yang  adil dan saksama di Sabah. 

“Kami mahu memastikan semua suara didengari, dan semua pandangan dihormati.  Menghormati dan melindungi kebebasan akhbar adalah penting untuk kemajuan sosial  dan pembangunan demokrasi. 

“Kerajaan negeri bertegas dalam hal ini. Justeru, kami akan terus menyokong  penganjuran secara tahunan Kinabalu Press Award untuk mempromosikan  kecemerlangan kewartawanan dan menggalakkan bakat baharu,” katanya. 

Berucap ketika Kinabalu Press Award (KPA) 2024 di Hotel Hilton di sini malam ini,  Ketua Menteri berkata pelaporan yang bertanggungjawab memberi kesan kepada  integriti berita. 

“Wartawan dan organisasi media juga bertanggungjawab untuk mendukung etika,  termasuk mengesahkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai,  menyediakan liputan seimbang merangkumi semua perspektif. Ini akan memastikan  laporan kekal adil dan objektif ,” katanya. 

Ketua Menteri turut berasa gembira mengetahui bahawa media di Sabah, secara  amnya, telah menunjukkan sokongan dengan melaporkan semua agenda  pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri hari ini. 

Justeru, katanya adalah penting untuk memperkukuh perkongsian pintar dalam  menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat kepada rakyat di negeri ini. 

Hajiji berkata KPA yang bertemakan ‘Progress Through Smart Partnership’ adalah tepat  kerana beliau percaya kerjasama antara pengamal media dan Kerajaan Negeri adalah  penting dalam menyebarkan maklumat mengenai agenda pembangunan negeri,  khususnya pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Pengamal media di Sabah, melalui laporan mereka, boleh memberi tumpuan kepada  pembangunan kritikal yang paling memberi kesan kepada negeri dan rakyat selain  melaporkan isu-isu lain yang sama penting,” katanya. 

Sehubungan itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri berbangga untuk terus menjadi penaja  utama KPA. 

“Saya berharap dedikasi pengamal media terus berada pada tahap tertinggi dalam  melaporkan berita yang benar, sahih dan tepat,” katanya. 

Ketua Menteri turut memuji Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan terbaru SMJ  Energy Sdn Bhd kerana menaja KPA. 

“Saya berharap lebih ramai akan mencontohi usaha mereka untuk menyokong industri  media,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor assured that  the State Government is committed to ensuring a fair and just media environment in  Sabah. 

"We want to ensure all voices are heard, and all views are respected. Respecting and  protecting the freedom of the press is important for social progress and democratic  development. 

"The State Government is steadfast on this. Hence, we will continue to support the  annual Kinabalu Press Award to promote journalistic excellence and encourage new  talents," he said. 

Speaking at the Kinabalu Press Award (KPA) 2024 at the Hilton Hotel here tonight, the  Chief Minister said responsible reporting has an impact on news integrity. 

"Journalists and the media organisations are also responsible for upholding ethics,  including verifying information from credible sources, providing balanced coverage  encompassing all perspectives. This will ensure the reports remain fair and objective,"  he said.  

The Chief Minister was glad to note that the media in Sabah, in general, has shown  support by reporting all the development agendas of the current State Government. 

Therefore, he said it was essential to strengthen the smart partnership in disseminating  clear and accurate information to the people in the state. 

Hajiji said the KPA theme ‘Progress Through Smart Partnership' was apt because he  believed cooperation between the media practitioners and the State Government is  crucial in disseminating information on the state's development agenda, particularly the  Hala Tuju Sabah Maju Jaya development plan. 

"The media practitioners in Sabah, through their reporting, could focus on the critical  development that has the most effect on the state and people besides reporting other  equally important issues," he said. 

In this respect, Hajiji said the State Government is proud to continue to be the main  sponsor of the KPA.

"I hope the media practitioners' dedication continue to be at the highest level in reporting  truthful, verified and accurate news," he said.  

The Chief Minister also commended Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad and the  latest SMJ Energy Sdn Bhd for sponsoring the KPA. 

"I hope more will emulate their efforts to support the media industry," he said. 

Ends