Abd Wahid dilantik Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

KOTA KINABALU: Encik Abd Wahid Abd Razak yang dilantik sebagai Setiausaha Politik  kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, menerima watikah pelantikan dan  mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima  Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu pada Rabu. 

Abd Wahid, yang berasal dari Membakut merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Majlis  Belia Sabah (MBS). 

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin  Datuk Haji Mohd.Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Seri Panglima Sr. Haji  Safar Untong.  

Tamat