Pembentukan Malaysia bawa banyak nikmat, manfaat

KOTA KINABALU: Pembentukan Malaysia telah membawa banyak nikmat dan manfaat  kepada pelbagai lapisan rakyak di seluruh negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor 

Katanya, Sabah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat  negeri ini.  

Menurutnya, perjalanan membina negara ini masih panjang, berliku dan pastinya akan  berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun pasti berjaya diharungi dengan adanya  kesatuan, kebersamaan dan perpaduan atas kepentingan tanah air.  

Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema sambutan Hari  Malaysia tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”, cerminan yang amat penting  bagi kemakmuran dan kemajuan negara. 

“Malaysia Madani” yang disokong oleh enam nilai teras utama mencerminkan visi kita  untuk membentuk masyarakat yang berdaya tahan, harmoni dan progresif. “Jiwa  Merdeka” menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif,  menekankan semangat patriotisme dan cinta kepada negara. 

“la juga melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi dalam usaha kita  untuk membina sebuah kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni”, katanya dalam  perutusan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 

Hajiji berkata, nilai-nilai Malaysia Madani seiring dengan aspirasi dasar Sabah Maju  Jaya (SMJ) yang menjadi panduan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri ini.  Melalui dasar ini, kerajaan berusaha memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan  kesejahteraan rakyak dan memperkasa pembangunan yang leslari.  

“Gabungan nilai-nilai Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya ini adalah manifestasi  kesungguhan kita untuk melihat Sabah dan Malaysia terus maju dalam suasana yang  aman dan makmur. 

“Bagi kita di Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum akan  terus dipertahankan dalam usaha bergerak maju ke hadapan. Lni kerana kesatuan dan  perpaduan antara rakyat adalah kunci kepada kejayaan Malaysia amnya dan Sabah  khususnya. 

“Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan dan terus bekerja  keras demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang makmur,  berdaulat, dan dihormati di peringkat antarabangsa”, tegasnya. 

Beliau berkata, sambutan Hari Malaysia amat bermakna kepada seluruh rakyat  Malaysia bersama-sama mengingati dan merayakan detik bersejarah tanah air yang  berlaku 61 lahun yang lalu.  

Menurutnya, pada ketika itulah termeterainya perjanjian yang menyatukan dua wilayah  Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membetuk sebuah negara bangsa yang  berdaulat dan merdeka di bawah satu bendera, satu negara. 

“Semoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi inspirasi dan kekuatan  baharu kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk memastikan masa  depan negara yang lebih cemerlang”, katanya. 

Tamat