KM: Sambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah dengan semangat patriotism (Dwibahasa)
Bahasa Versi Melayu
KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah lebih bermakna kerana ia diraikan bersama sama dengan Hari Kebangsaan mulai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau berkata tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah penting dan berakar umbi dalam sejarah, bukan sekadar untuk mengenang dan meraikan tetapi untuk dihayati dalam semangat patriotisme serta menghargai keberanian dan pengorbanan besar pejuang kemerdekaan negara.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia di Sabah supaya istiqamah dalam menjaga kedaulatan negara dan terus menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah dengan penuh semangat dan rendah diri kerana kemerdekaan adalah anugerah yang tidak ternilai.
“Perkara yang menyatukan kita - keamanan, keharmonian, perpaduan dalam kepelbagaian dan aspirasi kita untuk kemajuan dan pembangunan jauh mengatasi perkara yang memecahbelahkan kita.
“Marilah sematkan dalam hati sanubari kita bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah adalah milik kita. Marilah kita berdiri teguh menyokong kerajaan dan tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang mengancam untuk memecahbelahkan kita," katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024.
Hajiji berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan 2024 "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membangunkan masyarakat yang adil dan makmur serta melambangkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang unsur negatif dalam mentafsir patriotisme dan cintakan negara.
Ketua Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 kepada semua rakyat Malaysia.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Sabah Day celebrations is more meaningful because it is celebrated together with the National Day beginning this year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
He said August 31 each year is important and rooted in history, not just for remembrance and celebrations but to be embraced in the spirit of patriotism as well as in appreciating the great courage and sacrifices of the country's freedom fighters.
In this respect, he called upon Malaysians in Sabah to be steadfast in protecting the country's sovereignty and continue to celebrate the National Day and Sabah Day in high spirits and humility because independence is a priceless gift.
“The things that unite us - peace, harmony, unity in diversity and our aspirations for progress and development far outweigh those that divide us.
"Let us keep in our hearts that the National Day and Sabah Day celebrations belong to us. Let us stand firm in support of the government and not be influenced by negativities that threathen to divide us," he said in his National Day and Sabah Day 2024 message.
Hajiji said the National Day 2024 celebrations theme "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" demonstrates the government's commitment to continue developing a just and prosperous society as well as symbolises the freedom of Malaysians from any negative elements in interpreting patriotism and love for the country.
The Chief Minister wished all Malaysians a happy National Day and Sabah Day 2024.
Ends
