Resepsi diplomatik Hari Ulang Tahun ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri  Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik  Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia  di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Rabu. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr)  Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah  Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah,  Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M. Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi  Negeri, Datuk Dr Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri  Panglima Sr.Haji Safar Untong dan kenamaan lain. 

Selain upacara “toast” oleh Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota  Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara  pemotongan “Tumpeng” dan persembahan tarian kebudayaan dan artis jemputan 

Tamat