KM: Pertemuan ALC mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Brunei

Versi Bahasa Melayu

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  berkata ALC tahunan itu menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling  menguntungkan dan menang-menang antara Malaysia dan Brunei. 

Beliau berkata ini membolehkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama meluas  dalam konteks hubungan Malaysia-Brunei yang kukuh dan juga Sabah-Brunei. 

Ketua Menteri mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rundingan  Pemimpin Tahunan Kali ke-25 Malaysia-Brunei Darrusalam, pertemuan peringkat  tertinggi kedua-dua negara yang diadakan di Istana Nurul Iman, di sini hari ini. 

Di ALC, pemimpin kedua-dua negara - Brunei yang diketuai oleh Sultan Hassanal  Bolkiah, menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan  Instrumen Dua Hala antara Kerajaan Malaysia dan Brunei Darrusalam. 

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua  hala sedia ada turut dibincangkan dalam pertemuan itu. 

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri  Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali  Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan serta negeri. 

Tamat

 

English Version

BANDAR SERI BEGAWAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said  the annual ALC bodes well for the consolidation of mutually beneficial and win-win  cooperation between Malaysia and Brunei. 

He said this allows the two countries to pursue wide-ranging cooperation in the context  of strong Malaysia-Brunei relations and that of Sabah-Brunei. 

The Chief Minister accompanied Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to the 25th  Malaysia-Brunei Darrusalam Annual Leaders' Consultation (ALC), the highest-level  meeting between the two countries held at Istana Nurul Iman, here today. 

At the ALC, leaders of the two countries - Brunei led by Sultan Hassanal Bolkiah,  witnessed the signing of the Memoranda of Understanding and Bilateral Instrument  between the Government of Malaysia and Government of Brunei Darrusalam,  

Besides exploring new opportunities for mutual benefits, the progress of existing bilateral  cooperations was also discussed during the meeting. 

The Prime Minister’s entourage also comprised of Foreign Minister Datuk Seri Mohamad  Hasan, International Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,  Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and senior federal and  state ministers. 

Ends