Ketua Menteri lawat atlit basikal Sabah Akmal Thaqif

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa  melawat atlit berbasikal Sabah, Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan  semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Riverside Majestic  Hotel pada Sabtu. 

Beliau diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin dan Pembantu  Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri  Panglima Sr.Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan  Sabah, Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah. 

Akmal, 17 dari Tawau mengalami kecederaan semasa menyertai acara lepas beramai ramai kategori perseorang dan berpasukan di Lebuhraya Pehin Sri Adenan Satem pada  15 Ogos lalu. 

Hajiji bersimpati dengan musibah yang menimpa Akmal dan mendoakannya agar cepat  sembuh. Akmal kini ditemani oleh ibu bapanya di Kuching. 

Sementara itu Hajiji menghadiri upacara perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 di  Stadium Sarawak, Petra Jaya. 

Beliau menggesa kontinjen Sabah yang beraksi di SUKMA Sarawak melakukan yang  terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas. 

Hajiji yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini dan  mahu atlit negeri berjuang sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi  untuk mengharumkan nama Sabah. 

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr.Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar  merasmikan temasya sukan itu yang diadakan dengan penuh warna warni yang  memaparkan keunikan budaya dan identiti bumi kenyalang yang beraneka ragam. 

Tamat