Ketua Menteri temui SU Parlimen & DUN Se-Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan  masa pagi mengadakan "Breakfast Meeting" bersama Setiausaha-Setiausaha Parlimen  dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri  Gaya pada Sabtu. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim  M.Yahya, Setiausaha Dewan Negara, Encik Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan  Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha DUN Sarawak, Encik Nur Azhar  Bujang, Jurutulis DUN Johor, Puan Zarina Abdul Kadir, Haji Zuwislan Awang  (Terengganu), Puan Mawar Awang (Perlis) dan Puan Rafidah Maqbool Rahman  (Sabah). 

Mereka berada di Sabah kerana menghadiri Persidangan Setiausaha-Setiausaha  Parlimen dan DUN Se-Malaysia kali pertama di Kota Kinabalu dari 8 hingga10 Ogos  2024. 

Persidangan 2 hari itu telah dirasmikan oleh Kadzim pada 8 Ogos 2024 di bangunan  DUN Sabah. 

Tamat