Ketua Menteri terima kunjungan MB Selangor

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di  kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya pada Ahad. 

Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di Sabah kerana  menghadiri Majlis Himpunan Perdana Rakyat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk  Seri Panglima Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC). 

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew, Pengerusi  Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Timbalannya,  Encik Peto Galim, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Encik  Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, Setiausaha AMK Selangor, Encik  Muhammad Afif Abdullah, Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Encik  Muhammad Daniel Iskandar Mohammad Danial Irfan dan exco-exco AMK Selangor. 

Tamat