Hajiji: Sabah berpeluang capai sasaran 40 pingat emas SUKMA (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa Kontinjen Sabah seramai 713 orang yang beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran 40 pingat emas.
Berdasarkan prestasi Sabah dalam SUKMA ke-20 di Kuala Lumpur dua tahun lalu, pasukan Sabah berjaya membawa pulang 30 emas, 30 perak, dan 38 gangsa. Ketua Menteri yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Pada tahun 2022, Sabah menduduki tempat keenam daripada 15 kontinjen yang bertanding dalam sukan paling berprestij negara itu yang turut menyaksikan penyertaan kontinjen dari negara Brunei Darussalam.
Ketua Menteri berkata insentif terbaik pasti menanti pemenang SUKMA Sarawak.
“Kepada semua 713 atlet yang mewakili Sabah dalam sukan dwitahunan ini, berjuanglah sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah,” katanya pada majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada Kontinjen Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
SUKMA 2024 akan berlangsung di Sarawak bermula 17 Ogos hingga 24 Ogos ini.
“Saya menaruh sepenuh kepercayaan dengan kemampuan atlet-atlet kita dan atlet semua akan membawa kejayaan yang pastinya akan menjadi penanda aras bagi semua acara sukan di negeri ini.
“Dapatkan catatan rekod terbaik supaya anda semua (atlet) boleh mewakili Malaysia ke peringkat lebih tinggi termasuk dalam kejohanan dunia atau olimpik,” kata Hajiji kepada semua atlet.
Ketua Menteri turut menasihati semua atlet supaya mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, yang merupakan elemen paling penting apabila bertanding dalam mana-mana pertandingan.
"Sehebat mana pun atlet itu, jika tidak berdisplin, keupayaannya itu tidak akan sampai ke mana. Saya yakin persatuan sukan dan jurulatih telah menyampaikan perkara ini
kepada semua atlet. Kita tidak mahu nama baik negeri buruk hanya kerana tidak berdisiplin,” katanya.
"Saya yakin, kontinjen SUKMA Sabah telah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, saya berharap semua atlet dapat menjaga pemakanan seharian terutama dalam pengambilan makanan tambahan atau suplemen yang dibenarkan," katanya sambil menasihati senmua atlet agar terus menjaga kesihatan memandangkan hanya kira-kira dua minggu lagi sebelum SUKMA berlangsung.
Hajiji juga mahu semua pegawai pengiring akan sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan atlet sepanjang berada di Sarawak.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor urged Sabah's 713-strong contingent competing in the 21st edition of the Malaysia Games (SUKMA), Sarawak to do their best to achieve the target of 40 golds.
Based on Sabah's performance in the 20th SUKMA in Kuala Lumpur two years ago, Sabah’s team brought home 30 golds, 30 silvers, and 38 bronzes. The Chief Minister is confident the Sabah team will be able to achieve the target set this year.
In 2022, Sabah placed sixth among 15 contingents in the nation's most prestigious sports meet, which also included the Brunei Darussalam contingent.
The Chief Minister said the best incentive awaits the SUKMA Sarawak winners.
"To all 713 athletes representing Sabah in this biennial national sports meet, compete with all your might and a high sporting spirit to bring honour to Sabah," he said when handing over the State flag to the Sabah contingent at the Sabah International Convention Centre, here today.
SUKMA 2024 will be held in Sarawak from Aug 17 to 24.
"I have full trust in our athletes' capability, and that all of you will bring success to set a benchmark for all sporting events in the state.
"Get the best record so you can go on to represent Malaysia at higher-level tournaments including at the world championship meets or the Olympics," Hajiji told the athletes.
The Chief Minister advised the athletes to maintain the highest degree of discipline, which is the most crucial element when competing in any competition.
"No matter how great the athlete is, they will end up nowhere without discipline. I am sure the sports associations and coaches have imparted this to all athletes. We do not want indisipline to bring Sabah's name into bad repute," he said.
"I am also sure the Sabah contingent is mentally and physically prepared. Therefore, I hope our athletes will take care of their daily diet including prescribed supplements," he said, adding that with only about two more weeks to go before SUKMA Sarawak starts, the athletes must take good care of their health and be ready for the games.
Hajiji also wants officials accompanying the athletes to look after athletes' safety and welfare during their stay in Sarawak.
Ends
