Sukarti kekal Pengerusi SPANS

KOTA KINABALU: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman  dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah  (SPANS) untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa 1 Julai 2024. 

Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan  Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman. 

Daripada 7 orang Ahli SPANS yang dilantik, 2 adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick  Tan Su Teck dan Puan Luvita Koisun. 

5 Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken  Liam, Haji Awang Jami @ Awang Shamsi, Encik Ariffin Gadait dan Encik Iman Bin Ali. 

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu. 

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar  Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman  dan Setiausaha SPANS, Puan Diana Daria Amit. 

Tamat