Sime Darby Plantation sumbang RM100 ribu kepada Yayasan Kebajikan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan  penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Pengerusi SD Plantation, Tan  Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Pengarah YKS, Hajah Rugayah  Awang Besar di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu. 

Dalam masa sama, Ketua Menteri juga diberi taklimat berhubung operasi SD Plantation  di negeri Sabah. 

YKS ditubuhkan sejak tahun 2021 untuk membantu Kerajaan Negeri dalam  menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini, terutama menyalurkan  sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas. 

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Hajah Diyanah  Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Datuk Mohamad Helmy  Othman Basha dan pengurusan kanan syarikat itu.  

Tamat