Ketua Menteri hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri  Panglima Datuk Hajah Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka  Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah  Tahun 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan pada Jumaat. 

Yang di-Pertua Negeri , Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan  isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni diiringi oleh  Hajiji, Juliah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun turut menyantuni gerai-gerai  juadah. 

Selain jamuan Aidilfitri, majlis itu yang dihadiri oleh warga PDRM dan keluarga mereka turut  diserikan dengan persembahan hiburan oleh Kombo PDRM, artis-artis tempat dan keluarga  Istana Negeri. 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim  M.Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Christina Liew,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan  Speaker DUN, Datuk Al-Hambra Tun Juhar, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan kenamaan  lain. 

Tamat