Hajiji terima kunjungan MB Kelantan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato'  Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada  Khamis. 

Haji Mohd Nassuruddin berada di Sabah pada Khamis dan Jumaat kerana menghadiri  majlis rasmi di Kota Kinabalu. 

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Sabah selepas dilantik sebagai  Menteri Besar Kelantan yang ke-19 pada 15 Ogos 2023. 

Turut hadir ialah isteri Haji Mohd Nassuruddin, Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacub,  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan  Seranta Negeri Kelantan, Ustaz Asri Mat Daud dan timbalannya, Encik Nik Bahrum Nik  Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,  Kesihatan dan Alam Sekitar, Haji Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Encik Bahari Mohamed  Nor. 

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Menteri  Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha  Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong dan isteri, Datin Seri  Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias. 

Tamat