SEDIA diminta kerjasama dengan agensi strategik bangun sumber ekonomi baharu untuk Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan Pihak  Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) bekerjasama dengan  agensi strategik kerajaan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan pihak  swasta untuk membangunkan sumber ekonomi baharu bagi Sabah. 

“Kita mesti berupaya melakukan lonjakan paradigma dalam proses pembangunan  sosio-ekonomi negeri,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat SEDIA di Pusat  Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Lok Batik di sini hari ini. 

Ketua Menteri, yang juga pengerusi SEDIA berkata sudah tiba masanya untuk Sabah  tidak lagi bergantung kepada sumber ekonomi sedia ada seperti kelapa sawit, minyak  dan gas serta getah untuk mempelbagaikan sumber ekonomi. 

“Kita harus mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti penyelidikan, pembangunan dan  pengkomersilan,” katanya.  

Katanya, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekspot utama  negeri Sabah pada tahun 2022 ialah minyak kelapa sawit berjumlah RM21.1 billion;  manakala Gas Asli Cecair atau LNG, RM5.2 billion; petroleum mentah RM30 billion; dan  minyak isirung sawit RM3.1 billion, sementara barangan ekspot yang lain yang  merangkumi pelbagai barangan sama ada yang mentah atau yang diproses bernilai  RM3.5 billion.  

“Ini membuktikan bahawa kita perlu mengenal pasti pasaran yang lebih luas ke atas  barangan ekspot bukan komoditi. Kita juga perlu meningkatkan pengeluaran barangan  bukan komoditi yang berpotensi tinggi untuk diekspot,” katanya. 

Hajiji turut menyarankan agar pusat-pusat kajian dan penyelidikan di Sabah memainkan  peranan dalam membangunkan pengetahuan, menggalakkan inovasi, pengeluaran  produk-produk bernilai tinggi dan punya nilai untuk didagang dan pastinya ia boleh  meningkatkan imbangan dagangan yang lebih menguntungkan bagi negeri ini. 

“Terdapat lebih daripada 21 pusat kajian dan penyelidikan di negeri ini. Kita boleh  menggunakan kajian mereka untuk membangunkan aktiviti hiliran Sabah,” katanya.

Hajiji berharap hasil kajian yang telah, akan atau sedang dijalankan oleh SEDIA dapat  digunakan sepenuhnya oleh agensi kerajaan yang berkepentingan. 

Antara kajian-kajian tersebut ialah Pembangunan Semula Pelancongan di Mesilau;  Pembangunan Semula Pusat Air Panas Poring, Ranau; SDC-Kajian Pembangunan  Ekonomi di Sempadan Sabah; SDC-Kajian Pelan Induk Ekonomi dan Perancangan  Perniagaan POIC Sandakan; SDC-Kajian Pelan Induk dan Pelan Perniagaan untuk Zon  Ekonomi Bebas, Hab Logistik dan Depot Penyimpanan Sejuk di POIC Lahad Datu dan;  Kajian Pelan Induk Lembah Makanan di Pedalaman Sabah. 

“Saya mahu semua penemuan dan hasil dari kajian-kajian yang dilakukan dapat  digunakan oleh banyak pihak bukan sahaja sebagai asas untuk mengesyorkan projek projek pembangunan tetapi sebagai rujukan untuk pelabur-pelabur dari dalam dan luar  negara,” katanya. 

Selepas mesyuarat, Ketua Menteri berbuka puasa dengan ahli lembaga SEDIA, ketua ketua masyarakat serta ketua-ketua masjid dan surau di Pusat Kebudayaan Rumpun  Bajau Samah. 

Tamat

 

English Version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has instructed the  Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) to collaborate with  strategic government agencies such as the Ministry of Science, Technology and  Innovation and private sectors to create new economic resources for Sabah. 

“We must be able to make a paradigm shift on the state’s socio-economic development  process,” he said when chairing the SEDIA board meeting at the Rumpun Bajau Samah  Cultural Centre in Lok Batik, here today. 

The Chief Minister, who is also SEDIA chairman said it is time for Sabah to shed its  dependency on existing economic resources such as oil palm, oil and gas and rubber to diversify economic resources. 

“We need to take full advantage of the research, development and commercialisation  activities,” he said. 

He said based on statistics by the Department of Statistics Malaysia (DOSM), Sabah’s  main exports in 2022 were crude palm oil totalling RM21.1 billion, liquified natural gas  (LNG) at RM5.2 billion, crude petroleum at RM30 billion, palm kernel oil at RM 3.1 billion  and others comprising a variety of raw or processed goods at RM3.5 billion. 

“This shows that we must identify a bigger market for our non-commodity products. We  must also increase production of non-commodity goods that have a high potential for  exports,” he said. 

Hajiji also called upon studies and research centres in Sabah to play their role in  knowledge development, stimulate innovations and producing high-quality products with  trade value beneficial and profitable for the state. 

“There are more than 21 studies and research centres in the state. We can leverage on their research to develop Sabah’s downstream activities,” he said.  

Hajiji hoped the findings from previous, ongoing and future studies by Sedia will be fully  utilised by the relevant government agencies. 

Among the studies are the Redevelopment of Tourism in Mesilau; Redevelopment of  Poring Hot Spring, Ranau; Economic Development at the Sabah Border; Business and  Economic Master Plan for POIC Sandakan; SDC-Master Plan and Business Plan Study  for Free Economic Zone, Logistic Hub and Cold Storage Depot at POIC Lahad Datu and  Study on the Food Valley Master Plan in Sabah’s interior. 

“I want all findings and results from these studies to be shared and used widely not only  as a basis for recommending development projects but also as a reference for both  domestic and foreign investors,” he said. 

Following the meeting,the Chief Minister broke fast with SEDIA board members, local  community leaders, Tuaran mosques and surau heads at the cultural centre. 

Ends