SEDIA diminta kerjasama dengan agensi strategik bangun sumber ekonomi baharu untuk Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah  menyempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri  Sabah pada Rabu. 

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada  30 asnaf dari kawasan Kota Kinabalu.  

Selepas berbuka puasa, Hajiji turut menunaikan solat fardhu Maghrib, solat Isyak dan solat  sunat Tarawih berjemaah. 

Pengisian majlis itu ialah Tazkirah Khas Nurul Al-Quran oleh penceramah jemputan dari  Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman. 

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Haji Dr.Mohd Arifin  Mohd.Arif, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohamad  Hamsan Awang Supain, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri  Panglima Haji Yahya Hussin dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji  Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Haji Sulaiman Omar. 

Tamat