Ketua Menteri terima kunjungan hormat MB Perak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Bin Mohamad di pejabatnya di  Menara Kinabalu pada Selasa. 

Saarani berada di Sabah bagi menghadiri program Perak Sejahtera 2023: State Leadership  Retreat 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu pada 5 hingga 6 Mac 2024. 

Rombongan Saarani terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi  Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin,  Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki Mahyudin dan Exco-Exco Kerajaan Negeri  Perak. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri,  Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima  Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan  Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yus 

Tamat