Jasa dan sumbangan besar mendiang Sari Nuar Tan terus dikenang

GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket  penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi  (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.  

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis  Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di  Semenanjung di sini pada Isnin. 

Katanya, bantuan khas one off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu  adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri. 

“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar  berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan  dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan. 

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,”  katanya. 

Tamat