Hajiji ucap takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi tadi. 

Hajiji menyifatkan Tun Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu. 

“Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. 

“Jasa beliau kepada Sarawak amat besar dan ini adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini. 

Tamat