KM hadir Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah  menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Jabatan Ketua Menteri 2018-2023 di sini  malam tadi. 

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  kepada penerima untuk tahun 2018 hingga 2023. 

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Terdahulu, Safar dalam ucapannya berkata kerajaan negeri sentiasa komited dan  mengiktiraf budaya kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam dengan  menyediakan pelbagai anugerah. 

“Saya berharap pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong  dan penyuntik semangat untuk terus proaktif dan produktif dalam memberikan  penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan seterusya menjadi role model dan  mentor terbaik kepada warga yang lain,” katanya. 

Beliau berkata perkhidmatan awam adalah tulang belakang kepada negara, justeru  menjadi tanggungjawab semua untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

“Pada zaman yang serba pantas ini, keinginan dan kehendak rakyat menuntut  perubahan dalam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan.  

“Bagi memenuhi kehendak rakyat ini, kita mestilah sentiasa berpandangan jauh ke  hadapan untuk memastikan penjawat awam terus kekal relevan bagi memberikan  perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat bagi mendukung gagasan Malaysia Madani  serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. 

Pada majlis itu, seramai 125 orang warga cemerlang Jabatan Ketua Menteri daripada  15 Pejabat, Bahagian dan Unit setelah ditapis serta dinilai sumbangan mereka, telah  dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Ketua Menteri  bagi tahun 2018 hingga 2023. Manakala seramai 39 orang lagi menerima Anugerah  Khas bagi tahun 2021 hingga 2023. 

Tamat