Hajiji dianugerah Brigedier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah  dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung  Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sabah. 

Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah telah  dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima  Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Harizuddeain Jantan di pejabat Ketua  Menteri di Menara Kinabalu pada Khamis. 

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan syor Majlis  Angkatan Tentera (MAT) Ke-592 bagi penganugerahan pangkat tauliah kehormat Askar  Wataniah kepada Hajiji. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong,  Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima  Pemerintah Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md.Lepi. 

Tamat