Kabinet lulus dasar industri biojisim kelapa sawit

KOTA KINABALU: Kabinet negeri telah meluluskan Polisi Industri Biojisim Kelapa Sawit  Negeri Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu  hari ini, beliau berkata kabinet turut memutuskan untuk mengenakan Cukai Jualan  Negeri ke atas eksport biojisim kelapa sawit keluar dari Sabah sehingga dasar ini  dilaksanakan. 

“Ini bertujuan mengawal eksport biojisim kelapa sawit,” katanya sambil menambah  Enakmen Biojisim (Biomass) Kelapa Sawit Negeri Sabah akan disediakan untuk  mengawal selia industri biojisim kelapa sawit di Sabah. 

Pelaksanaan dasar ini akan bermula dalam tempoh dua tahun dari tarikh ianya  diluluskan (setelah POIC Sabah Biomass Collection Platform beroperasi sepenuhnya)  dan akan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan. 

Hajiji turut memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa  Jemaah Menteri negeri telah mengambil maklum mengenai tindakan penambahbaikan  pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian  Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 

Tamat