Sabah mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata,  dengan kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan  tenaga boleh baharu, ini akan memudahkan pelan mantap bagi bekalan tenaga stabil di  Sabah. 

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui  penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, stabil, berpatutan dan mampan seperti  dalam Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dibangunkan  oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan dilancarkan pada September tahun lalu  bagi menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri melalui ECoS akan memastikan proses  pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan secara berkesan dan  teratur tanpa sebarang gangguan kepada pihak pemegang taruh dalam industri bekalan  elektrik di negeri ini. 

Beliau berkata inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada penurunan kuasa di bawah  Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang dalam sidang  khas hari ini yang memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih  kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada  Kerajaan Persekutuan. 

Ini membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Elektrik 2024; Tenaga Boleh  Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024. 

Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal  selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa serta merta. 

ECoS telah pun memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan  sejak 10 Januari tahun lalu. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said with the  State Government’s taking control of the regulatory power over electricity supply and  renewable energy, this will facilitate a robust plan for stable energy supply in Sabah. 

“This initiative will benefit the socio-economic development of the state through the  provision of adequate, stable, affordable and sustainable energy supply as per the  Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040) developed by the  Energy Commission of Sabah (ECoS) launched in September last year to support the  Sabah Maju Jaya roadmap,” he said. 

The Chief Minister said the State Government, through ECoS, will ensure that the  process of taking over the power of electricity supply regulation is carried out effectively  and in an orderly manner without any disruption to stakeholders in the electricity supply  industry in the state.  

He said the initiative was also part of the devolution of power under the 1963 Malaysia  Agreement (MA63). 

The State Legislative Assembly had passed three Bills in a special sitting today that  paved the way for Sabah to officially gain regulatory power over the electricity supply  sector and renewable energy from the Federal Government. 

The Bills were Electricity Supply 2024, Renewable Energy 2024 and Energy  Commission of Sabah (Amendment) 2024. 

Upon gazettement of the enactments, ECoS will be the authority that regulates the  electricity supply sector and renewable energy in Sabah with immediate effect. 

ECoS has already gained regulatory power over on-shore gas supply sector since Jan  10 last year. 

Ends