Ketua Menteri tinjau tempat tarikan pelancong baharu di Tuaran

TUARAN: Daerah ini kini mempunyai tempat tarikan pelancong yang baharu iaitu  Borneo Summer Bay (BSB) di Pantai Dalit, Tuaran.  

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluangkan masa hujung  minggu mengadakan lawatan santai ke BSB dan meninjau Taman Air Fun Splash serta  kemudahan aktiviti sukan pantai, laut dan sungai yang ditawarkan kepada pelancong  luar dan pengunjung tempatan. 

BSB yang dimiliki oleh pengusaha tempatan, baru dibuka kepada orang ramai. Ia  terletak di tepi pantai Dalit melingkungi pantai sepanjang 2 kilometer.  

Tamat