KM terima kunjungan hormat perpisahan Pesuruhjaya Polis Sabah (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, di Menara Kinabalu, di sini.
Jauteh akan bersara wajib pada 11 November ini selepas berkhidmat lebih 32 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hajiji merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti dan sumbangan Jauteh sepanjang berkhidmat dalam PDRM, khususnya dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah.
Ketua Menteri turut berharap hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan PDRM akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara.
Sementara itu, Jauteh merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Hajiji, atas sokongan padu membantu memperkukuh prasarana dan logistik PDRM Kontinjen Sabah.
Beliau berkata, bantuan Kerajaan Negeri, khususnya penyediaan tapak tanah, membolehkan pembinaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu di Kalabakan dan Nabawan dimulakan menerusi majlis pecah tanah di kedua-dua lokasi.
Katanya, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan khas bagi menaik taraf 20 pondok polis di seluruh Sabah, sekali gus membantu meningkatkan kemudahan logistik dan prasarana pasukan.
Jauteh berkata, kerjasama erat Kerajaan Negeri turut membantu PDRM menangani pelbagai isu keselamatan serta mempercepatkan penyediaan prasarana dan logistik bagi meningkatkan keupayaan pasukan di Sabah.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih bagi pihak PDRM Sabah kepada Ketua Menteri atas sokongan penuh yang diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today received a farewell courtesy call from Sabah Police Commissioner CP Datuk Jauteh Dikun at Menara Kinabalu here.
Jauteh will retire on November 11 after serving more than 32 years in the Royal Malaysia Police (PDRM).
Hajiji expressed his appreciation for Jauteh's dedicated service and contributions throughout his career in the police force, particularly in maintaining security and public order in Sabah.
The Chief Minister also expressed hope that the close ties and cooperation between the State Government and PDRM would continue to be strengthened to ensure the safety and well-being of the people of Sabah.
Meanwhile, Jauteh expressed his appreciation to the State Government under Hajiji's leadership for its strong support in strengthening the infrastructure and logistics of the Sabah Police Contingent.
He said the State Government's assistance, particularly in providing land sites, had enabled the commencement of construction of two new District Police Headquarters (IPD) in Kalabakan and Nabawan, with groundbreaking ceremonies held at both locations.
He said the State Government had also provided special assistance to upgrade 20 police beats across Sabah, helping to improve the force's infrastructure and logistical facilities.
Jauteh said the close cooperation with the State Government had also helped PDRM address various security issues and expedite the provision of infrastructure and logistics to enhance the force's capabilities in Sabah.
"I would like to take this opportunity, on behalf of Sabah PDRM, to express my heartfelt gratitude to the Chief Minister for the full support extended throughout my tenure as Sabah Police Commissioner," he said.
Ends