KM terima Kunjungan Menteri Komunikasi (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini  menerima kunjungan hormat Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil, di  pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini. 

Menyertai kunjungan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Anggota Suruhanjaya  MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin. 

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri (KPSTI),  Datuk James Ratib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohamed  Razali Mohd Razi, Setiausaha Tetap KPSTI, Datuk Hassan Mahali dan Pengerusi  Sabah Net, Datuk Azman Ruslan. 

Hajiji telah diberi taklimat mengenai perkembangan terkini projek Fasa Kedua Pelan  Jalinan Digital Negara (JENDELA 2), yang menjadi antara inisiatif penting dalam  memperluas infrastruktur dan capaian komunikasi digital di Sabah. 

Pelaksanaan JENDELA 2 dijangka memberi manfaat khususnya kepada penduduk di  kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih berdepan cabaran mendapatkan  perkhidmatan internet berkualiti berikutan faktor geografi dan taburan penduduk. 

Menteri Komunikasi sebelum ini memaklumkan bahawa JENDELA 2 merangkumi 3,000  lokasi di seluruh negara, dengan kira-kira 2,000 lokasi di kawasan pedalaman Sabah  dan Sarawak menjadi tumpuan Fasa Kedua. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today  received a courtesy call from Communications Minister Dato’ Seri Fahmi Fadzil at his  office at Menara Kinabalu, here. 

Accompanying Fahmi were Malaysian Communications and Multimedia Commission  (MCMC) Chairman Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din and MCMC Commission Member  General (Rtd) Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin. 

Also present were State Education, Science, Technology and Innovation Minister Datuk  James Ratib, Nominated State Assemblyman Datuk Mohamed Razali Mohd Razi,  Permanent Secretary of the State Ministry of Education, Science, Technology and  Innovation Datuk Hassan Mahali and Sabah Net Chairman Datuk Azman Ruslan. 

Hajiji was briefed on the latest development for the second phase of the National Digital  Network Plan (JENDELA 2), a key initiative aimed at expanding digital communications  infrastructure and connectivity in Sabah. 

The implementation of JENDELA 2 is expected to benefit residents, particularly those in  rural and remote areas who continue to face challenges in accessing quality internet  services due to geographical factors and population distribution. 

The Communications Minister had earlier announced that JENDELA 2 would cover  3,000 locations nationwide, with approximately 2,000 locations in the remote areas of  Sabah and Sarawak being the focus of the second phase. 

Ends