Bandar pesisir pantai perlu imbangi pertumbuhan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Bandar-bandar pesisir pantai perlu mengimbangi pertumbuhan ekonomi  dengan perlindungan alam sekitar serta memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim,  kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, bandar-bandar pesisir pantai merupakan pusat penting perdagangan,  pelancongan dan aktiviti ekonomi, namun kedudukannya yang berhampiran laut turut  mendedahkan kawasan berkenaan kepada peningkatan paras laut, cuaca ekstrem dan  pencemaran. 

“Cabaran ini merentasi sempadan. Laut, ekosistem dan ekonomi kita saling berhubung, justeru  tindakan kita untuk menanganinya juga perlu saling berkait. Kita tidak perlu memilih antara  kemakmuran dan perlindungan alam sekitar. 

“Melalui perancangan yang bijak dan kerjasama erat, kita mampu membangunkan bandar yang  lebih selamat, bersih dan berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya pada majlis  perasmian Dialog Mayor Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIMD) 2026 di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston  Bangkuai. 

“Adaptasi perubahan iklim juga perlu menjadi sebahagian daripada pengurusan harian bandar,  merangkumi sistem perparitan, sanitasi dan kawalan banjir hingga kepada perlindungan  kawasan pesisir pantai serta pemuliharaan hutan bakau dan sungai. 

“Penyelesaian berasaskan alam semula jadi mampu membantu melindungi komuniti kita serta  ekosistem yang menyokong Ekonomi Biru,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan semua keutamaan itu memerlukan pembiayaan  dan kerjasama. 

“Bandar-bandar memerlukan akses yang lebih baik kepada pembiayaan iklim, kerjasama awam swasta serta sumber sokongan lain bagi projek infrastruktur hijau dan adaptasi perubahan iklim. 

“Bandar-bandar juga perlu saling belajar antara satu sama lain. Tiada bandar yang mampu  menangani cabaran ini secara bersendirian,” katanya. 

Hajiji berkata, penganjuran KKIMD 2026 yang menghimpunkan peserta dari lapan negara dan  15 bandar, termasuk wakil dari Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, amat signifikan  kepada Sabah.

Beliau berkata, Sabah merupakan sebahagian daripada Segi Tiga Terumbu Karang, iaitu antara  kawasan marin yang mempunyai kepelbagaian biologi terkaya di dunia. 

Beliau berkata perairan Sabah menyokong sumber pendapatan rakyat, keterjaminan makanan  dan pelbagai industri maritim, menjadikan usaha melindunginya amat penting bagi menjamin  kemampanan ekonomi jangka panjang. 

“Komitmen Kerajaan Negeri untuk mengimbangi pemuliharaan alam sekitar dengan  pembangunan ekonomi dapat dilihat menerusi Taman Tun Mustapha, yang memberi tumpuan  kepada usaha melindungi ekosistem marin di samping menyokong keperluan komuniti  setempat,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, prinsip sama turut menjadi panduan kepada agenda Ekonomi Biru  Sabah yang bertujuan mewujudkan peluang ekonomi mampan dalam sektor perikanan,  akuakultur, bioteknologi marin, perkhidmatan maritim, pelancongan pesisir pantai dan pulau,  tenaga boleh baharu marin serta logistik. 

“Matlamat kita adalah untuk membangunkan peluang ini secara bertanggungjawab supaya  perairan Sabah terus menyokong ekonomi dan kesejahteraan komuniti kita,” katanya. 

Hajiji berkata, Ekonomi Biru juga sejajar dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya  (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030, yang menekankan manfaat nyata kepada rakyat  melalui peluang ekonomi yang lebih baik, pengukuhan sumber pendapatan dan peningkatan mutu perkhidmatan awam. 

“Kita juga sedang mempergiat pelaksanaan Pelan Tindakan Bioteknologi Sabah 2024–2034,  yang menghubungkan pemuliharaan biodiversiti dengan pembangunan sosioekonomi,”  katanya. 

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kerjasama antarabangsa yang lebih erat serta  pelaburan jangka panjang dalam sektor Ekonomi Biru, infrastruktur hijau dan inovasi digital di  Sabah. 

Sambil memuji Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas agenda Bandar Pintarnya, Hajiji  berkata, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), kembar digital, peralatan geospatial dan  platform data bandar mampu meningkatkan keberkesanan sistem amaran awal banjir,  perancangan guna tanah serta penyampaian perkhidmatan awam. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa transformasi digital perlu terus berpaksikan rakyat,  telus dan mempunyai akauntabiliti. 

Beliau berkata, cadangan Pernyataan Bersama Kota Kinabalu boleh menjadi asas kepada  komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang Ekonomi Biru, tadbir urus  digital, daya tahan bandar dan perkongsian antarabangsa, manakala cadangan penubuhan  Rangkaian KKIMD serta kajian semula kemajuan tahunan boleh membantu menterjemahkan  komitmen berkenaan kepada tindakan yang berterusan. 

Tamat

 

 

KOTA KINABALU: Coastal cities must balance economic growth with environmental  protection and strengthen their resilience to climate change, said Chief Minister Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said coastal cities are important centres of trade, tourism and economic activity, but  their proximity to the sea also exposes them to rising sea levels, extreme weather and  pollution. 

“These challenges cross borders. Our seas, ecosystems and economies are connected,  and our responses must be connected too. We do not have to choose between  prosperity and protection. 

“By planning wisely and working together, we can build cities that are safer, cleaner and  more resilient for generations to come,” he said at the opening of the Kota Kinabalu  International Mayors’ Dialogue (KKIMD) 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Joniston Bangkuai delivered his speech. 

“Climate adaptation must also be part of everyday city management, from drainage,  sanitation and flood control to coastal protection and the restoration of mangroves and  rivers. 

“Nature-based solutions can help protect our communities and the ecosystems that  sustain our Blue Economy,” he said. 

However, he said delivering all these priorities requires funding and cooperation. 

“Cities need better access to climate finance, public-private partnerships and other  sources of support for green infrastructure and adaptation projects. They must also learn  from one another. No city can meet these challenges alone,” he said. 

Hajiji said the KKIMD 2026 that brought together participants from eight countries and  15 cities, including representatives from Indonesia, South Korea and the United States,  is significant for Sabah.

He said Sabah is part of the Coral Triangle, one of the world's most biodiverse marine  regions. 

Sabah's seas support livelihoods, food security, and various maritime industries, making  their protection essential for long-term economic sustainability, he added. 

“The State Government's commitment to balancing conservation and economic  development is reflected in Tun Mustapha Park, where efforts are focused on protecting  marine ecosystems while supporting local communities,” he said. 

The Chief Minister said the same principle guides Sabah's Blue Economy agenda, which  seeks to create sustainable opportunities in fisheries, aquaculture, marine  biotechnology, maritime services, coastal and island tourism, marine renewable energy  and logistics. 

“Our objective is to develop these opportunities responsibly, so that Sabah’s seas  continue to sustain both our economy and our communities,” he said. 

Hajiji said the Blue Economy is also aligned with the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0  development roadmap for 2026 to 2030, which emphasises tangible benefits for the  people through better economic opportunities, stronger livelihoods and improved public  services. 

“We are also advancing the Sabah Biotechnology Action Blueprint 2024–2034, which  links biodiversity conservation with socio-economic development,” he said. 

In this respect, he welcomed greater international cooperation and long-term investment  in Sabah's Blue Economy, green infrastructure and digital innovation. 

Commending Kota Kinabalu City Hall for its Smart City agenda, Hajiji said technologies  such as artificial intelligence, digital twins, geospatial tools and urban data platforms  could improve flood warnings, land-use planning and public service delivery. 

However, he stressed that digital transformation must remain people-centred,  transparent and accountable. 

He said the proposed Kota Kinabalu Joint Statement could establish a shared  commitment towards cooperation in the Blue Economy, digital governance, urban  resilience and international partnerships, while the proposed KKIMD Network and  annual progress review could help translate these commitments into sustained action. 

Ends