Sabah catat RM7.6 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan pada 2025 (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan pelaburan sebanyak RM7.6 bilion dalam sektor  pembuatan tahun lalu, sekali gus menunjukkan momentum pertumbuhan industri yang  kukuh serta keyakinan pelabur terhadap negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri  Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, usahawan Sabah turut meluaskan pasaran  ke peringkat antarabangsa apabila seramai 124 usahawan Perusahaan Kecil dan  Sederhana (PKS) Sabah menyertai 18 ekspo perdagangan antarabangsa dan menjana  potensi jualan sebanyak RM95.9 juta. 

“Kita mahu lebih banyak perniagaan tempatan meningkatkan keupayaan mereka,  memanfaatkan teknologi dan inovasi serta mampu bersaing di pasaran serantau dan  antarabangsa,” katanya. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus mewujudkan persekitaran yang menyokong  pelaburan, inovasi, pembangunan kemahiran dan keusahawanan. 

Hajiji berkata demikian pada Majlis Malam Persekutuan Industri Sabah (FSI) di Pusat  Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan  Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick. 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri tidak mampu membangunkan ekonomi Sabah secara  bersendirian, manakala sektor industri pula tidak boleh berkembang tanpa kerjasama  dengan pihak lain. 

“Kerjasama yang erat amat penting. Saya berharap FSI akan terus menjadi suara yang  bersatu bagi industri di Sabah serta jambatan penghubung yang berkesan antara  Kerajaan dengan sektor swasta. 

“Kejayaan berterusan FSI juga bergantung kepada penyertaan aktif, idea dan komitmen  semua ahlinya,” katanya. 

Sehubungan itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri berharap dapat terus bekerjasama  dengan FSI dan komuniti perniagaan secara keseluruhannya ke arah menjadikan Sabah  sebuah negeri yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan makmur.

Ketua Menteri berkata, FSI juga memainkan peranan penting dalam membantu  pengilang dan pemain industri menyesuaikan diri dengan perkembangan kecerdasan  buatan (AI), automasi dan pendigitalan. 

“Selama lebih empat dekad, FSI telah menyatukan pengilang dan pemain industri,  mewakili kepentingan mereka serta menjadi penghubung penting antara Kerajaan  dengan sektor swasta. 

“Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) membuktikan hasil yang mampu dicapai melalui  kerjasama ini. Susulan kejayaan penganjuran SIE 2026 pada September lalu, saya  mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur FSI dan Dewan Perniagaan dan  Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), dengan sokongan Kerajaan Negeri,  kerana berjaya menghubungkan perniagaan Sabah dengan pelabur, delegasi  perdagangan dan pasaran antarabangsa,” katanya. 

“Tahniah kepada FSI sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-43. Semoga  Persekutuan ini terus memperkukuh industri di Sabah, mewujudkan peluang kepada  ahlinya serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah  recorded RM7.6 billion in manufacturing investments last year, signalling strong  industrial momentum and investor confidence. 

He said that in the same period, Sabah entrepreneurs also reached out internationally,  with 124 Sabah Small and Medium Enterprise (SME) entrepreneurs taking part in 18  international trade expos and generating RM95.9 million in potential sales. 

“We want more local businesses to build their capabilities, embrace technology and  innovation, and compete in regional and international markets,” he said. 

The State Government will continue to foster an environment that supports investment,  innovation, skills development and entrepreneurship, he said at the Federation of Sabah  Industries (FSI) Nite at the Sabah International Convention Centre (SICC) here tonight. 

Deputy Chief Minister/Industrial Development, Entrepreneurship, and Transport Minister  Datuk Ewon Benedick delivered his speech. 

Hajiji said the State Government cannot build Sabah’s economy alone, and industry  cannot progress in isolation. 

“Strong collaboration is essential. I hope FSI will remain a united voice for Sabah’s  industries and an effective bridge between the Government and the private sector. 

“Its continued success also depends on the active participation, ideas and commitment  of all its members,” he said. 

In this regard, Hajiji said the State Government looks forward to working with FSI and  the wider business community towards a more competitive, resilient and prosperous  Sabah. 

The Chief Minister said the FSI also plays an important role in helping manufacturers  and industry players adapt to artificial intelligence (AI), automation and digitalisation. 

“For more than four decades, it has united manufacturers and industry players,  represented their interests and provided a valuable link between the Government and  the private sector.

“The Sabah International Expo (SIE) shows what this collaboration can achieve.  Following the successful conclusion of SIE 2026 in September, I congratulate the  organising committees of FSI and MICCI, with the support of the State Government, on  connecting Sabah businesses with investors, trade delegations and international  markets,” he said. 

“Congratulations to FSI on its 43rd anniversary. May the Federation continue to  strengthen Sabah’s industries, create opportunities for its members and contribute to the  State’s economic progress,” he said. 

Ends