KM: Bantuan pendidikan Sabah naik kepada RM90 juta tahun ini (Dwibahasa)

SANDAKAN: Kerajaan Negeri menaikkan jumlah keseluruhan bantuan kepada sekolah sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini kepada RM90 juta tahun  ini, berbanding RM70 juta tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji  Haji Noor. 

Beliau berkata, peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri  untuk memastikan akses kepada pendidikan yang lebih baik, selain membantu  penyelenggaraan bangunan, aktiviti pembelajaran dan pengoperasian badan  keagamaan demi keselesaan bersama. 

“Prinsip kita jelas, iaitu Sabah First dan pendidikan untuk semua. Kerajaan hari ini akan  terus berpegang kepada prinsip keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman.  

"Kita tidak melihat bangsa atau agama dalam menyalurkan bantuan, sebaliknya kita  melihat keperluan rakyat dan masa depan negeri yang perlu dibangunkan bersama,”  katanya pada Majlis Perasmian Dewan Pusat Kegiatan Murid, Sekolah Menengah Jenis  Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua Sandakan, di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi  Negeri, Datuk James Ratib. 

Hajiji berkata, jumlah bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan badan keagamaan  bukan Islam meningkat daripada RM43 juta pada 2020 dan 2021 kepada RM47 juta  pada 2022, RM54.05 juta pada 2023, RM56.75 juta pada 2024 dan RM70 juta tahun  lalu. 

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM155 juta bagi Biasiswa  Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun ini, meningkat daripada RM50 juta pada 2020,  selain meneruskan 14 inisiatif bantuan pendidikan yang diperkenalkan sejak 2021. 

“Semua usaha yang kita laksanakan ini tujuannya hanya satu, iaitu kita mahu  memastikan anak-anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tanpa  dibebani masalah kewangan,” katanya. 

Beliau berkata, pembangunan modal insan di bawah kerangka Hala Tuju Sabah Maju  Jaya (SMJ) 2.0 turut memberi penekanan kepada pembentukan generasi yang bukan 

sahaja berpendidikan, malah mempunyai kemahiran, nilai, daya tahan, kreativiti dan  keupayaan untuk menjadi penggerak ekonomi serta pembangunan Sabah. 

Katanya, generasi muda perlu dilengkapi dengan kemahiran dalam bidang baharu yang  diperlukan ekonomi masa depan supaya mampu bersaing di peringkat negeri, negara  dan antarabangsa. 

Mengulas pembinaan Dewan Pusat Kegiatan Murid SMJK Tiong Hua, Hajiji berkata,  kemudahan itu bukan sekadar bangunan baharu, tetapi mencerminkan komitmen  bersama pihak sekolah, ibu bapa, komuniti, alumni dan sektor swasta dalam  menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif, selesa dan berkualiti. 

Beliau berkata, dewan berkenaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai ruang untuk  membina keyakinan diri, mengasah bakat, memperkukuh disiplin serta melahirkan  generasi berilmu, berkemahiran dan mempunyai nilai serta integriti. 

Hajiji turut menyifatkan SMJK Tiong Hua sebagai kebanggaan warga Sandakan yang  sekian lama melahirkan anak Sabah cemerlang dalam pelbagai bidang, termasuk  akademik, perniagaan, kepimpinan dan perkhidmatan awam. 

Beliau berkata, semangat perpaduan yang ditunjukkan warga sekolah itu, apabila  pelajar daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama belajar bersama-sama,  mencerminkan identiti Sabah yang perlu terus dipertahankan. 

“Perpaduan bukan slogan. Perpaduan adalah prasyarat kepada kestabilan dan  kemajuan negeri kita. Jika kita mahu Sabah terus maju, kita mesti memastikan asas  perpaduan ini sentiasa kukuh,” katanya. 

Beliau berharap pelajar SMJK Tiong Hua memanfaatkan kemudahan dan peluang yang  disediakan untuk mengembangkan potensi diri, menambah ilmu pengetahuan serta  meningkatkan kemahiran, sekali gus meneruskan kecemerlangan sekolah itu dalam  pembangunan modal insan negeri. 

Tamat

 

 

SANDAKAN: The State Government has increased its total allocation for Chinese  schools and non-Muslim religious bodies in Sabah to RM90 million this year compared  to RM70 million last year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said the increased allocation reflected the State Government's commitment to  ensuring better access to education, while also supporting building maintenance,  learning activities and the operations of religious bodies for the benefit and comfort of  all. 

“Our principle is clear — Sabah First and education for all. The present government will  continue to uphold the principles of justice, equality and inclusivity. 

“We do not consider race or religion when providing assistance. Instead, we look at the  needs of the people and the future of Sabah, which we must develop together,” he said  at the opening ceremony of the Student Activity Centre Hall at Sekolah Menengah Jenis  Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua Sandakan here today. 

His speech was delivered by State Education, Science, Technology and Innovation  Minister Datuk James Ratib. 

Hajiji said the allocation for Chinese schools and non-Muslim religious bodies had  increased from RM43 million in 2020 and 2021 to RM47 million in 2022, RM54.05 million  in 2023, RM56.75 million in 2024 and RM70 million last year. 

He said the State Government had also allocated RM155 million for the Sabah State  Government Scholarship (BKNS) this year, compared with RM50 million in 2020, while  continuing the 14 education assistance initiatives introduced since 2021. 

“All these efforts have one common objective — to ensure that Sabah's children have  access to quality education without being burdened by financial difficulties,” he said. 

Hajiji said human capital development under the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0  Development Plan also emphasised nurturing a generation that was not only educated  but also equipped with skills, values, resilience, creativity and the ability to drive Sabah's  economy and development. 

He said young people must be equipped with skills in emerging fields required by the  future economy so that they could compete at state, national and international levels.

Commenting on the construction of the Student Activity Centre Hall at SMJK Tiong Hua,  Hajiji said the facility was more than just a new building but it reflected the collective  commitment of the school, parents, community, alumni and private sector to providing a  more conducive, comfortable and quality learning environment. 

He said the hall should be fully utilised as a space to build self-confidence, nurture talent,  strengthen discipline and develop a generation that was knowledgeable, skilled and  guided by strong values and integrity. 

Hajiji also described SMJK Tiong Hua as a source of pride for the people of Sandakan,  having produced outstanding Sabahans in various fields over the years, including  academics, business, leadership and public service. 

He said the spirit of unity demonstrated by the school community, where students from  different racial and religious backgrounds studied together, reflected Sabah's identity,  which must continue to be preserved. 

“Unity is not merely a slogan. Unity is a prerequisite for the stability and progress of our  state. If we want Sabah to continue moving forward, we must ensure that this foundation  of unity remains strong,” he said. 

He expressed hope that SMJK Tiong Hua students would make full use of the facilities  and opportunities provided to develop their potential, expand their knowledge and  enhance their skills, thereby continuing the school's tradition of excellence in contributing  to the state's human capital development. 

Ends