KM: Belanjawan Negara 2027 ringankan beban rakyat (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan  Belanjawan Negara 2027 sebagai belanjawan komprehensif yang dapat meringankan beban  kewangan rakyat dan mencerminkan kekukuhan ekonomi negara. 

“Saya melihat belanjawan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi  pengurangan cukai serta pemberian insentif kepada penjawat awam, golongan peniaga dan  semua lapisan masyarakat. 

“Ia juga membuktikan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara kita, walaupun  berdepan dengan kesan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat,” katanya selepas  menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan Negara 2027 di Menara Kinabalu hari  ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, ketika  membentangkan belanjawan itu berkata Sabah kekal sebagai penerima peruntukan  Persekutuan terbesar dengan jumlah RM18.6 bilion bagi tahun hadapan. 

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.25 peratus berbanding RM17.6 bilion yang  diperuntukkan pada tahun ini. 

Selain itu, Anwar berkata projek jalan raya di Sabah dan Sarawak akan diteruskan dengan  peruntukan sebanyak RM3.3 bilion menerusi Belanjawan 2027. 

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menggandakan jumlah  tawaran tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak. 

“Ini bermakna seramai 4,200 pelajar dari Sabah dan Sarawak akan berpeluang melanjutkan  pengajian ke institusi pengajian tinggi setiap tahun,” katanya. 

Mengenai usaha memperkukuh sistem bekalan elektrik, beliau berkata kerajaan turut bersetuju  melaksanakan pemasangan sistem Static Synchronous Compensator (STATCOM) di  Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud dengan kos sebanyak RM204 juta. 

“Sementara itu, projek Talian Penghantaran Southern Link akan diteruskan sebagai langkah  jangka panjang bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di Sabah,” katanya. 

Turut menyaksikan siaran langsung pembentangan belanjawan itu ialah Timbalan Ketua Menteri  Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman,  pembantu-pembantu menteri dan pegawai kanan kerajaan negeri. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor described  the National 2027 Budget as a comprehensive budget that alleviates the people's  financial burden and reflects the strength of the country's economy. 

“I see this budget as benefiting all Malaysians through tax reductions and incentives for  civil servants, businesses and all segments of society. 

“It demonstrates the strength of our country's economy and financial position, despite  the impact of the ongoing crisis in West Asia,” he said after watching the live broadcast  of the tabling of the National 2027 Budget at Menara Kinabalu today. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim who is also Finance Minister in tabling the  Budget said Sabah continues to be the biggest recipient of the Federal allocation with  RM18.6 billion for next year. 

This marked an increase of 6.25 per cent compared to RM17.6 billion for this year. 

In addition, Anwar said road projects in Sabah and Sarawak would continue with an  allocation of RM3.3 billion under the 2027 Budget. 

The Prime Minister also announced that the government had agreed to double the  number of Public Service Department (JPA) scholarships offered to students from Sabah  and Sarawak. 

“This means that 4,200 students from Sabah and Sarawak will have the opportunity to  pursue higher education at universities each year,” he said. 

On boosting power supply system, he said the government has also agreed to install  Static Synchronous Compensator (STATCOM) systems at the Dam Road and Segaliud  Main Intake Substations at a cost of RM204 million. 

“Meanwhile, the Southern Link Transmission Line project will proceed as a long-term  measure to ensure the sustainability of electricity supply in Sabah,” he said. 

Also watching the live telecast were Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun, State Secretary Datuk Zainudin Aman, assistant ministers and senior state  government officers. 

Ends