Kerjasama pastikan anak-anak Sabah dapat akses pendidikan berkualiti (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata usaha memastikan anak-anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti memerlukan komitmen dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak.
Beliau berkata inisiatif mengumpul Dana Pendidikan seperti yang diambil oleh Persatuan Hakka Daerah Tuaran amatlah membanggakan dan patut dicontohi oleh persatuan-persatuan lain demi masa depan generasi akan datang.
“Pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan untuk masa depan generasi muda dan masa depan negeri Sabah. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan pihak yang telah memberikan sokongan kepada Dana Pendidikan ini.
“Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, membawa satu harapan kepada generasi muda,” katanya pada majlis Makan Malam Kutipan Dana Pendidikan Persatuan Hakka Daerah Tuaran di Dewan Hakka, Tanjung Lipat di sini malam ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.
“Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan sesebuah bangsa dan negeri. Melalui pendidikan, kita mampu mengubah nasib sesebuah keluarga, melahirkan modal insan yang berkualiti, serta memacu pertumbuhan ekonomi Sabah ke tahap yang lebih tinggi.
“Tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan dalam modal insan ini penting untuk mengangkat bukan sahaja status sosial tetapi juga status ekonomi dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat,” katanya.
Ketua Menteri berkata di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), pembangunan modal insan merupakan antara agenda utama kerajaan negeri.
Sebab itu, katanya bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan memberi peluang kepada lebih ramai lagi anak-anak watan Sabah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pelbagai bantuan pendidikan berbentuk dana dan kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri.
Antaranya Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan kepada pelajar manakala sebanyak 14 inisiatif Bantuan Pendidikan sedia ada antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara One Off (BUDI); Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI); Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) serta Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).
Selain itu Yayasan Sabah juga menawarkan bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat, katanya.
Beliau berharap Dana Pendidikan yang dikumpulkan pada malam ini dapat terus memberi manfaat kepada generasi muda dan membantu mereka dalam perjalanan pendidikan mereka.
Hajiji berkata pertubuhan seperti Persatuan Hakka Daerah Tuaran mempunyai peranan yang penting kerana selain memelihara identiti dan budaya masyarakat sendiri, persatuan juga dapat menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Dalam hal ini, beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Hakka Daerah Tuaran yang akan mengadakan majlis perasmian Bangunan Baharu dan Muzium Mini Hakka di Pekan Tuaran pada bulan hadapan.
“Penubuhan Muzium Mini Hakka adalah satu usaha yang baik untuk menyimpan dan memperkenalkan sejarah serta budaya masyarakat Hakka kepada generasi muda dan masyarakat umum.
“Saya berharap bangunan baharu dan Muzium Mini Hakka ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya, bukan sahaja untuk kepentingan ahli persatuan, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dan pertubuhan lain,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said efforts to ensure that Sabah children have access to quality education require commitment and close cooperation from all quarters.
He said initiatives to raise education funds, such as those undertaken by the Tuaran District Hakka Association, are commendable and should be emulated by other associations for the future of the younger generation.
“Investment in education is an investment in the future of the younger generation and the future of Sabah. I want to express my appreciation to all contributors and those who have supported this Education Fund.
“Every contribution, no matter how big or small, brings hope to the younger generation,” he said at the Tuaran District Hakka Association Education Fundraising Dinner at Hakka Hall, Tanjung Lipat, here tonight.
Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun delivered the speech.
“Education is the foundation of the development of any community and state. Through education, we can change the fortunes of families, develop quality human capital and drive Sabah’s economic growth to a higher level.
“There is no denying that investment in human capital is important in improving not only social status, but also the economic standing and well-being of individuals and communities,” he said.
The Chief Minister said human capital development is among the State Government’s key priorities under the Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan. For this reason, he said, the State Government has provided various forms of education assistance, funding and facilities to develop quality human capital and allow more Sabahans to pursue higher education.
These include scholarships, bursaries and assistance for students, as well as 14 existing education assistance initiatives, among them the one-off Higher Education Institution Enrollment Cash Assistance (BUDI); Computer Assistance Programme (BAIK); Examination Special Cash Assistance (BAKTI); Sabah Student Flight Ticket Assistance (SUBFLY); and Contribution for Higher Education Students Studying in Sabah (SENTOSA).
Yayasan Sabah also provides education assistance that people can utilise, he said.
He expressed hope that the Education Fund raised tonight would continue to benefit the younger generation and support them in their educational journey.
Hajiji said organisations such as the Tuaran District Hakka Association play an important role because, apart from preserving the identity and culture of their own community, they can also serve as a bridge connecting people from diverse backgrounds.
In this regard, he congratulated the Tuaran District Hakka Association, which will hold the official opening of its new building and Hakka Mini Museum in Tuaran town next month.
“The establishment of the Hakka Mini Museum is a good initiative to preserve and introduce the history and culture of the Hakka community to the younger generation and the public.
“I hope the new building and the Hakka Mini Museum will be put to good use, not only for the benefit of association members, but also to strengthen ties with the local community and other organisations,” he said.
Ends