KM terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima  kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, TYT Jodi Robinson, di  Menara Kinabalu, di sini hari ini. 

Hajiji mengalu-alukan kunjungan TYT Jodi Robinson dan berharap hubungan baik  antara Sabah dengan Kanada dapat terus diperkukuh, khususnya melalui penerokaan  peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan. 

Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri memaklumkan mengenai fokus Sabah dalam  sektor Ekonomi Biru (Blue Economy), termasuk potensi sektor akuakultur, yang  mempunyai ruang untuk diterokai bersama pelabur dan rakan strategik dari Kanada. 

Beliau turut memaklumkan bahawa Sabah mempunyai pelbagai taman perindustrian  yang bersedia menerima pelaburan asing, termasuk Taman Perindustrian Kota  Kinabalu (KKIP), Kawasan Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, Kudat Blue  Economy Industrial Park, Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) dan lain-lain. 

Hajiji berharap kunjungan itu dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama dan  peluang pelaburan Kanada di Sabah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan  ekonomi serta pembangunan negeri. 

Kanada sebelum ini menyatakan hasrat memperluas hubungan dua hala dan  perdagangan dengan Malaysia dalam sektor termasuk pertanian, kesihatan, teknologi  maklumat dan komunikasi (ICT), kecerdasan buatan (AI), semikonduktor serta  pertukaran pendidikan. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor received a  courtesy call from the High Commissioner of Canada to Malaysia, HE Jodi Robinson, at  Menara Kinabalu here today. 

Hajiji welcomed Robinson’s visit and expressed hope that cordial relations between  Sabah and Canada would continue to strengthen, particularly through exploring trade  and investment opportunities. 

During the meeting, the Chief Minister briefed the High Commissioner on Sabah’s focus  on the Blue Economy, including the aquaculture sector's potential, which offers  opportunities for collaboration with Canadian investors and strategic partners. 

He also highlighted that Sabah’s industrial parks are ready to receive foreign investment,  including the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC)  Lahad Datu, Kudat Blue Economy Industrial Park, Sipitang Oil and Gas Industrial Park  (SOGIP), among others. 

Hajiji hoped the visit would pave the way for greater cooperation and more Canadian  investment opportunities in Sabah, contributing to the State’s economic growth and  development. 

Canada had previously expressed its intention to expand bilateral ties and trade with  Malaysia in sectors including agriculture, healthcare, information and communications  technology (ICT), artificial intelligence (AI), semiconductors and educational exchanges. 

Ends